Assalamu'alaikum, hai... 
Pening fikirkan menu sarapan pagi untuk famili? | Begitulah... Setiap hari mesti si ibu akan pening nak masak menu apa untuk suami dan anak-anak. Bila dah ketandusan idea... Ada jugak tanya dorang nak makan apa... Jawapan sama, masak je apa-apa. Hurmmm... Kononnya senangla bila dorang bagi pendapat... Sekali, si ibu jugak yang nak kena fikirkan. 😝😛

Disebabkan kakak Alia ada KAFA petang ni after sekolah, so masak nasi, ayam black pepper dan popia berinti kentang jelah. Eh! Ada masa ke nak buat semua tu. Kebiasaannya, kalau Fiza... Dah plan petang sebelum keesokannya. 

Contohnya, harini nak buatkan ayam masak lada hitam dan popia... Petang semalam dah siap sediakan bahan. Potong ayam siap-siap... Potong bawang dan kisarkan terus... Then, bila inti popia dah siap... Sambil layan episod akhir andainya takdir 2... Kita gulung popia... Dah siap, bubuh dalam freezer. Alhamdulillah, after subuh... Kita dah siap goreng. 

Popia inti kentang kari ayam
Sempat snap gambar popia je pagi ni 😆

Syukur... Setiap pagi dapat siapkan bento untuk encik suami dan kak Alia. Alia dan encik suami cukup suka makan popia... Alia, sampai 3 biji dia habiskan time sarapan pagi. Alhamdulillah, semoga kak Alia mudah menerima ilmu yang cikgunya sampaikan. Aamiin... 

Tiada yang lebih menggembirakan bila kudrat seorang ibu mampu menyediakan makanan dan keperluan untuk famili. Cuma tu la... Selalu hadapi masalah... Nak masak menu apa... 😜😜😜. Korang ada tak hadapi situasi seperti Fiza? 

#Sarapanpagi

1 Comments