Assalamu'alaikum, hai...
Pengakhiran Drama Jangan Benci Cintaku | Harini merupakan episod akhir untuk drama bersiri jangan benci cintaku. Korang tengok tak? Fiza tengok jugaklah tadi. Pada Fiza, pengakhiran dramanya agak tergesa-gesa dan sesetengah scene macam melompat je ceritanya. 

Tiba-tiba Husna jatuh sakit, kononnya tertekan dan sengaja untuk mencederakan dirinya sendiri. Walaupun Husna masuk Wad... Shah tetap pergi ke Perth berjumpa dengan Fika... Dengan harapan untuk berbaik semula dengan Fika. Ketika berjumpa Fika, Shah juga dalam masa yang sama memutuskan hubungannya dengan Husna.



Apalagi, disebabkan tertekan... Husna mengamuk di hadapan rumah ibu Fika dan hampir meragut nyawa kandungan Fika. Kemudian, Husna minta maaf dan terus balik.

Sembilan bulan lepas kejadian tersebut... Rafeeqa Amanda dilahirkan. Tetiba Faris bertukar stail, dan dalam masa yang sama bercinta pulak dengan Husna. Agak terkejut jugaklah tengok scene dia berjalan dengan Husna. Semua plot bergerak pantas. Lepas tu pulak, watak Irwan lansung tak muncul-muncul... Padahal dia yang beria bersubahat dengan Husna untuk memisahkan Shah dan Fika. 

Pada Fiza, pengakhiran jangan benci cintaku agak boring jugaklah... Sebab kita dah dapat agak dah... Ending dia, Shah balik semula dengan Fika... Apa² pun, ia sekadar drama je. Buat apa nak kecoh right. Lainla kalau di dunia nyata... Ada pulak manusia seperti Husna... Memang huru-haralah institusi kekeluargaan dibuatnya. Kan?
Walaubagaimana pun, apa yang baik... Kita ambik... Dan jadikan ia sebagai teladan... Mana yang tak elok, jadikan tauladan.

Wallahu'alam...

1 Comments