DIA YANG MENULIS

Main Dish Untuk Dinner Malam Ni


Assalamu'alaikum, hai...
Main Dish Untuk Dinner Malam Ni | Alhamdulillah, syukur dengan rezeki Allah. Malam ni untuk dinner, main dish kami adalah sup sayur dan ikan gelama goreng. Untuk pencuci mulut pulak... Hanyalah buah betik, fresh... Baru dipetik dari laman rumah mertua petang tadi.

Ikan gelama goreng

Main dished

Walaupun menu simple, bila ramai² berkumpul makan. Allahu Akhbar, menu simple pun boleh mengenyangkan. Nikmat mana lagi kita nak dustakan, kan?... Mungkin simple bagi kita, tapi tidak bagi mereka yang lebih susah. Bak kata mak, kita seharusnya mensyukuri nikmat yang kita ada. Makan jangan memilih... Janji perut kenyang. Jangan nak merunggut. Nanti Allah tarik nikmat makan... Masa tu, tak boleh dah nak buat apa².

Hanya simple entry malam ni... Untuk muhasabah diri sendiri sebenarnya... Agar lebih mensyukuri nikmat yang dimiliki. In Shaa Allah...

Tapi kan... Menyentuh pasal ikan gelama, ia adalah antara sejenis ikan yang boleh dimakan ketika berpantang tau. Tak silap Fiza pernah baca di blog mariafirdz. 

Namun, Fiza pulak masa pantang memang tak makan ikan sangat... Makan pun masa dekat hospital je. Biasalah mak yang jaga makan minum... So,  Fiza ikut je pantang dia. Lagipun, semuanya demi kesihatan kita. Fiza ok je berpantang ikut cara orang lama... Janji tak menyimpang atau memudaratkan. 

Hurmmm... Panjang pulak celoteh Fiza ye... Yang pasti besederhanalah dalam segala hal...  In shaa Allah, nikmatnya akan kita rasai sendiri. 

Wallahu'alam...

Post a Comment

1 Comments