DIA YANG MENULIS

PLKN Dalam Kenangan


Assalamu'alaikum, hai...
PLKN Dalam Kenangan | Semalam masa anak-anak dah tidur, encik suami mintak dibuatkan kopi. Sementara tunggu air masak... Kami bersembang di dapur dan tetiba bercerita pasal PLKN... Isu keluar pun disebabkan tengok berita... Di mana PLKN akan dimansuhkan. Kalau tak kerana berita... Kami jarang nak throwback bersama. Hehe...


Plkn dalam kenangan

Sebenarnya, Fiza dan encik suami adalah bekas jurulatih PLKN untuk modul pembinaan karaktor. Berkhidmat pada tahun 2004 hingga 2006. Fiza stop jadi jurulatih pun sebab nak sambung belajar. Dulu... First batch iaitu pada tahun 2004, kami bekursus di Rajah Court, Kuching... Di bawah selian KMB. Masa tu lansung tak perasan akan encik suami... Sebab ramai yang join, lagi pun... kali kedua kursus kami dipecahkan kepada sub modul... Fiza di bawah modul melahirkan yang terbaik dalam diri. Encik suami pulak, modul melahirkan yang terbaik dalam diri orang lain. Kami start mengenali antara satu sama lain pun... Masa kami ditempatkan bersama di Kem Sematan, Kuching. Kenal gitu² je. Then, tak sangka pulak encik suami serius nakkan Fiza. Haha... 

Tapi... Fiza nak imbas balik la masa mula² PLKN diwujudkan... Masa tu penempatan banyak di IPTA... Memang pelbagai isu la masa tu... IPTA rosak teruk disebabkan para pelatih yang bermasalah. Biasalah... Baru wujud memang banyak permasalahan akan timbul. Tapi, setiap siri... Pastinya pelbagai perubahan dibuat... Sehinggalah wujudnya kem khas untuk PLKN. Jika dimansuhkan pun... Fiza rasa agak rugi jugaklah. Namun, nak buat macam mana... Kepimpinan Kerajaan Baharu telah membuat keputusan... Sebagai rakyat, kita kena beri kepercayaan sepenuhnya kepada ketua pemimpin yang telah dipilih.

Pada Fiza, walaupun program PLKN nampak macam program sia-sia. At least, walaupun sedikit input yang pelatih dapat pasti tersemat dalam fikiran. Fiza sendiri pun... Banyak kekurangan, Bila mengikuti kursus pembinaan karaktor... Ia banyak mengajar Fiza tentang erti hidup... Belajar erti membuat pilihan yang terbaik. Setiap pilihan dibuat, pasti ada kesannya. Setiap kesannya, kita kena belajar bertanggungjawab ke atas keputusan yang kita buat. Bukan tu sahaja. Dalam team work, KEPERCAYAAN kena diutamakan. Banyangkan rumah... Kalau satu tiang dah rosak... Pasti rumah kelihatan pincang. Begitu juga dalam hidup. Andai tiada kepercayaan, setinggi mana pun pendidikan kita... bekerja dalam kumpulan elit sekali pun... Kalau tak percaya dengan orang sekeliling kita... Hancur jugak sebuah institusi yang kita bentuk. 

Begitu jugak dalam sesuatu permasalahan... Kena bersatu hati menyelesaikannya... Bukannya main tuduh menuduh... Dan sebagai ketua kita tak semestinya merasakan diri kita SENTIASA BETUL. Kena Amanah dengan tanggungjawab yang dipikul... Semua itu antara intipati yang dihidangkan dalam PLKN untuk membentuk jati diri anak-anak.

Malah banyak lagi sebenarnya... Yang pelatih akan dapat. Tapi apa kan daya...Tinggal kenangan jelah PLKN nampak gayanya. Nak buat macam mana... Mungkin, lepas ni ada lagi program yang lebih hebat daripada PLKN... Mana tahula kan...

Korang pernah join PLKN?

Post a Comment

1 Comments

  1. Dulu teringin nak join plkn tapi tak terpilih pun...

    ReplyDelete