DIA YANG MENULIS

Homework Masa Cuti


Assalamu'alaikum, hai...
Homework Masa Cuti | Walaupun bercuti satu minggu... Kerja² sekolah tetap jugak kena buat. Walaupun pergi bercuti di rumah mertua, beg sekolah pun kak Alia nak bawak. Katanya ada kerja sekolah nak kena siapkan. Nanti kalau tak siap, cikgu marah. Itulah ayat yang selalu dia dok ulang².

So far, setakat ni kak Alia memang patuh dan rajin buat homeworks. Tak disuruh pun... Dia dah ready nak buat. Mungkin pengalaman jugak membuatkan dia berfikir... Pernah jugak balik sekolah, dia bercerita... Yang dia pernah kena marah dengan cikgu gara-gara tak siap kerja on time dalam kelas. Mungkin... Itu yang membuatkan dia takut kot... Kemudian, lagi satu... Fiza selalu bagitau dia... Bila ada homeworks, tugas kita kena siapkan. Cikgu marah bersebab... Kalau takde kesalahan, cikgu pun bukan saja² nak marah.

Alhamdulillah, kak Alia tak banyak ragam dan anak yang mendengar kata. Nakal² tu biasalah budak... Semua benda nak buat main, semua benda nak panjat. Tapi, part sekolah... Kami memang tegas. So far, Fiza tengok dia seronok nak ke sekolah... Bangun pagi tak pernah tak ceria. Semoga sikap itu berterusan sampai bila². Aamiin...

Mengenali Perayaan di Malaysia

Alhamdulillah... Homeworks mengenali perayaan tahun baru cina kak Alia dah siap... So, sebagai reward... Petang nanti kami nak ajak dia dan Ain keluar beli keropok lekor kegemaran dorang. Biasalah... Balik Samarahan, memang wajib makan keropok lekor di pengkalan feri. Hehe...

#Mengenaliperayaantahunbarucina

Post a Comment

2 Comments

  1. Good girl. My girl selalu ke laut homework, ditanya mdh sikda, leka mau turut skul gago molah homework, angol mikir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah nembiak... Nya baruk nak kenal dgn alam sekolah. Kelak² pandey juak nya pikir. Anak kmk mungkin sbb xda kawan gilak... Bila dah sekolah nemu kawan... Ya nya syukk sekolah... Nasib bait sama sekolah tmpt laki ngajar. Boleh juak pantau nya.

      Delete