DIA YANG MENULIS

Budak 5 Tahun Kena Tetak Dengan Bapa Kandung?


Assalamu'alaikum, hai...
Budak 5 Tahun Kena Tetak Dengan Bapa Kandung? | Pepagi baca online news... Tengok headline... Bapa kandung tetak anak sendiri. Menurut sumber, kejadian berlaku di sebuah Flat, Puchong Permai kira-kira 4.45 petang semalam.

Budak 5 tahun kena tetak

Suspek mengaku dirinya berhalusinasi dan akhirnya membawa padah... Di mana suspek telah menetak 3 kali di bahagian kepala dan pergelangan tangan anak kandungnya sehingga maut sebelum diletakkan di depan rumah mereka.

Menurut sumber jugak, mereka tinggal berdua dan mengikut siasatan... Bapa tersebut peminum tegar ketum, positif dadah dan mempunyai kes lampau berkaitan dadah.

Sumber : Astro Awani

Allahu Akhbar, kematian tragis di tangan bapa kandung sendiri... Bagi Fiza, kisahnya cukup menyedihkan.

Orang yang diharapkan menjaga amanah... Akhirnya memperlakukan hal tersebut kepada anak sendiri... Itulah padah mengambil dadah. Ingat! Ambik dadah boleh selesaikan masalah... Bertambah masalah lagi ada...

Apalah nak jadi dengan manusia sekarang ni. Tetiba Fiza rasa sebak mengenangkan nasib anak-anak di luar sana yang menjadi mangsa perilaku manusia yang tidak bertanggungjawab.

Semoga dijauhkan daripada perkara sedemikian... Dan jadikan ia sebagai pengajaran.

Al-fatihah...

Post a Comment

2 Comments

  1. Al Fatihah... Sama-sama kita elak gejala dadah ini kerana ia bukan saja merosakkan diri tapi turut meragut nyawa mereka yang tidak berdosa

    ReplyDelete