DIA YANG MENULIS

Ayam Masak Santan


Assalamu'alaikum, hai...
Ayam Masak Santan | Alhamdulillah, settle semua kerja... Fiza sempat jugak buat ayam masak santan untuk menu utama makan malam semalam. Supaya anak-anak boleh makan sama, Fiza just letak kari adabi je untuk rasa pedas... Lagipun encik suami tak boleh sangat makan benda pedas. Jadi buat ala kadar jelahlah skala kepedasannya.

Ayam masak santan

Menu ayam masak santan Fiza ni... Sangat mudah dan bahan diperlukan pun sedikit. Antaranya...
  • 500gram Ayam
  • Dua sudu besar kari Adabi
  • 100gram halia
  • 5 ulas bawang merah
  • 8 ulas bawang putih
  • Sesudu teh kunyit
  • 200gram santan/segelas pati santan
Cara membuatnya pulak... Kisarkan bawang dan halia. Gaulkan semua bahan... Panaskan minyak lebih kurang 4 sudu minyak... Kemudian, masukkan ayam yang telah digaulkan dengan semua bahan. Bila dah naik bau... Masukkan santan. Bila isi ayam lembut... Masaklah tu. Simple kan. Siapa yang tak suka pedas, ia memang sesuai. 

Selamat mencuba.

Post a Comment

7 Comments