DIA YANG MENULIS

Arafah, Cerekarama 11 Ogos 2018

Assalamu'alaikum, hai...
Arafah, Cerekarama 11 Ogos 2018 | Biarpun kurang meminati lakonan Nabila Huda, Fiza masih lagi nak menonton apakah kesudahan ceritanya... Sambil makan biskut kering cicah kopi o, bertemankan suami di sisi... Siapa tak nak menonton sampai habis. Haha... 


Telefilem Arafah
Kredit : Kepala bergetar

Pertama sekali, telefilem arahan Raja Mukriz tersebut menampilkan para pelakon seperti Nabila Huda (Arafah), Keisha Laila, Luqman Hafidz, ucop, ku Faridah, Jasmin Hamid dan Eizlan Yusof.

KISAH DI SEBALIK TELEFILEM/CEREKARAMA ARAFAH

Kisah Arafah bermula, Apabila Arafah dan anaknya terserempak dengan seorang gadis sepertinya menghadapi masalah... Membawa luggage duduk bersebelahan anaknya. Arafah cuba menyapanya, namun tidak diendahkan... Sampailah satu tahap, Arafah mengimbau kembali zaman silamnya sambil bercerita dengan gadis tersebut. 

Arafah anak luar nikah ibu dan ayahnya... Suatu masa dulu, ayah dan ibunya bercerai. Dia dijaga oleh nenek Zah, sedangkan ibunya sibuk di Kuala Lumpur dan hanya akan datang menjenguknya sekali setahun. Begitu juga ayahnya, masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing. Ketika di bawah jagaan neneknya, hidup Arafah sangat berdikari dan akhlaknya juga masih terkawal.

Namun, bila mengenali Remy... Arafah mulai berubah dan telah pergi ke rumah ibunya, kerana disebabkan Nenek Zah telah membakar baju pemberian ibunya dan jugak majalah kegemarannya. 

Di bandar pulak, ibu dan ayahnya asyik bertengkar dan berebut untuk menjaganya... Tanpa menghiraukan perasaan Arafah. Dia hidup seperti bola... Digolek dan terus digolek. Sekejap di rumah ibunya sekejap pulak di rumah ayahnya... Sampai satu tahap dia kena halau dengan ibunya kerana telah membawa lelaki ke rumah ketika ibunya tiada di rumah. Ibunya nak kata apalah kan... Sedangkan dia pun berkesedudukan dengan lelaki lain. 

Bila keluar dari rumah, Arafah mencari Remy... Dari situ, Arafah bekerja sebagai model. Namun, suatu hari... Ayahnya mendapat tahu yang Arafah bekerja sebagai model. Lalu, ayahnya menghantar Arafah balik ke kampung neneknya... Iaitu di rumah ibu kepada ayahnya pulak. Ingatkan tinggal di kampung, semua masalahnya hilang... Rupanya tidak. 

Neneknya hanya berpura-pura bersetuju untuk menjaganya kerana duit pemberian ayahnya... 


Tapi, hakikatnya... Dia tidak menyukai Arafah. Depan baik, belakang pulak mengutuk. Disebabkan bermacam-macam yang neneknya dengar... Akhirnya, sekali lagi Arafah dihalau... Dan ibunya meminta kawan baiknya menjaga Arafah. Arafah banyak berubah... Tapi sayang... Dia marah bila mendengar tentang, siapa diri dia dalam hidup ibunya... Dia keluar rumah. Namun, malang tak berbau... Arafah kena langgar oleh seorang mamat berambut panjang yang akhirnya menjadi suami Arafah. Suami yang kaki pukul dan kaki dadah... Sudahnya, Arafah terheret sama menjadi kaki dadah... lalu kena cekup dengan pihak berkuasa. 

Gadis di sebelah Arafah begitu khusyuk mendengar cerita Arafah... Tetiba mencelah sambil memperkenalkan diri sebagai Syreen. Syreen semakin ingin tahu... Apakah kesudahan cerita Arafah. Arafah pulak... Tak teragak-agak untuk menceritakannya.

So, lepas keluar dari hukuman... Arafah tinggal di rumah ayahnya. Dia banyak berubah... Dan berjumpa semula dengan Remy. Mereka akhirnya berkahwin. Namun, nasib malang menimpa Arafah... Remy asyik mintak duit dan malas bekerja... Disebabkan tak tahan dengan karenahnya... Arafah memfailkan permohonan cerai. Akhirnya mereka bercerai...

Dalam Arafah bercerita... Tetiba seorang lelaki datang menyapa mereka... Dan anaknya memanggil lelaki tersebut dengan panggilan ayah. Arafah memperkenalkan lelaki itu sebagai kamal, suami baharunya kepada Syreen. Sebelum beredar... Arafah sempat menasihati Syreen supaya... Buatlah keputusan yang terbaik... Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Biarkan masa yang menentukan segalanya. Mendengarkan kata-kata Arafah, Syreen balik semula ke pangkuan neneknya... Kisah Arafah tamat di situ...

PANDANGAN PERIBADI TERHADAP CEREKARAMA ARAFAH

Berdasarkan pendapat peribadi Fiza... Telefilem kali ni lebih kepada mengimbau kembali kisah lama. Agak lambat perjalanan ceritanya. Pengisian kisahnya jugak terlalu banyak nilai negatif. Semoga ia menjadi pengajaran buat kita semua. Jika diberi bintang... Fiza bagi 3/5 sahaja. 

Sekian.  Selamat pagi semua. 


Post a Comment

2 Comments

  1. Termiss cerita hari sabtu tok sebab terlayan ncsyv kt ntv7, slalunya layan. Biasa cereka sabtu selalu best2 byk pgajaran.

    ReplyDelete
  2. Alahai tak sempat pula zumal tengok cerita ni...

    ReplyDelete