DIA YANG MENULIS

Kisah Hujung Minggu Bersama Famili

Assalamu'alaikum, hai...
Kisah Hujung Minggu Bersama Famili | Alhamdulillah... Di atas peluang dan ruang yang ada untuk Fiza terus berkongsi cerita. Sabtu, encik suami dan Kak Alia ada sekolah ganti... Fiza dan Ain pulak duduk rumah. Ahad, belah pagi... Kami bersama-sama buat general cleaning dan lepas zuhur... Barulah kami ke bandar... Sebab nak keluarkan duit untuk bayarkan gaji kontraktor yang membina rumah kami.


Aktiviti hujung minggu

Bila dah ke bandar, destinasi wajib pergi adalah kedai DIY dan kedai super store. Biasalah... Siapa cikgu, pasti tahu sangat kenapa wajib pergi ke kedai tersebut. Kononnya nak beli alatan dapur sikit, sekali keluar kedai... Bermacam-macam barang pulak yang dirembat. Alia dan Ain pun tak ketinggalan... Sampaikan encik suami kata... Kedai DIY Berhantu. Haha... Memang patut pun berhantu... Hampir setiap minggu dia dan Alia akan singgah untuk membeli barang.


Barang yang dibeli di kedai DIY
Antara barang yang Alia dan Ain beli di kedai DIY

Balik dari kedai DIY, singgah pulak di kedai Honeybee... Kak Alia mintak dibelikan pizza. Lepas tu, kami terus balik. Malas dah sekarang ni nak ajak anak-anak ke tempat awam sangat... Al-maklumlah... Sekarang ni musim HFMD... So, seboleh-bolehnya nak kurangkan risiko daripada terkena HFMD.


Sampai rumah, bermain sekejap... Lepas tu, Alia dan Ain tidur kepenatan. Fiza ambiklah peluang yang ada untuk drafkan entri... Sementara tunggu encik suami balik daripada berjumpa kontraktor binaan rumah. Sempat jugaklah check alexa rank blog sendiri. Alhamdulillah, walaupun bertukar template... Alexa rank tetap jugak semakin menurun.
Naik ke turun ke alexa rank... Yang penting Fiza tetap happy untuk menulis. Inilah sahaja cara Fiza untuk mengurangkan rasa bosan bila anak dan suami keluar rumah mencari ilmu dan rezeki.


Masakkan sup ayam

Petang, dalam jam 5... Terus masak untuk dinner. Disebabkan Kak Alia selsema, Fiza buatkan sup ayam. Sementara tunggu sup masak... Tengokkan kak Alia dan Ain mandi di bilik Air. Walaupun masing-masing dah berumur enam dan empat tahun... Fiza masih tak berani nak membiarkan mereka mandi sendirian. Lepas kemaskan dorang... Fiza sambung buat kerja apa yang patut termasuklah iron baju encik suami dan anak-anak.

6.30 petang, kami dah ready untuk makan malam. Alhamdulillah, kemain berselera Alia dan Ain makan... Sampaikan satu mangkuk sup kak Alia habiskan. Before tidur... Fiza letakkan vick di belakang dan dada kak Alia. Then, potong bawang merah... Letak di tempat tidur anak. Selagi sesuatu petua tu tak pelik... Tak memudaratkan... Fiza akan mencubanya... Dan Alhamdulillah, pagi ni selsema kak Alia dah baik.

Post a Comment

1 Comments

  1. jarang dah orang gunakan petua macam tu untuk demam, saya dl2 je penah guna :D

    ReplyDelete