Assalamu'alaikum, hai... 
Filem Langsuir Di Pawagam,  20 September 2018 | Selepas filem pulang ditayangkan, satu lagi filem akan ditayangkan di pawagam pada 20 September nanti... Berjudul Langsuir. Berdasarkan laman myinfotaip, filem Langsuir dikatakan sebuah filem bergenre seram romantis gandingan Syafiq Kyle dan Hannah Delisha.

Langsuir
Kredit : Myinfotaip
Antara pelakon dan watak yang terlibat dalam filem Langsuir, adalah seperti berikut :-

Syafiq Kyle sebagai Azlan
Hannah Delisha sebagai Suri
Firdaus Nadxaman sebagai Zaman
Julia Farhana Marin sebagai Dewi
Halim Radzi sebagai Kamal
Shah Kimin sebagai Udin
Nazri sebagai Alias
Daaim Jailani sebagai Eron 

GAMBARAN KISAH FILEM LANGSUIR YANG AKAN DITAYANGKAN DI PAWAGAM PADA 20 SEPTEMBER 2018

Berdasarkan sinopsis yang dikongsikan di dalam laman myinfotaip, filem Langsuir mengisahkan tentang cinta dua dunia antara Azlan dan Suri. Mereka bertemu ketika Azlan dan kawan-kawannya berkunjung ke pulau terlarang bernama Pulau Langsuir.

Azlan yang jatuh cinta dengan Suri tidak mengetahui bahawa Suri adalah langsuir yang mendiami pulau itu. Zaman irihati dengan hubungan Azlan dan Suri telah merancang untuk menikam paku tajam ke kepala Suri untuk melihat sejauh mana kebenaran mitos mengatakan langsuir akan kekal menjadi perempuan cantik jika kepalanya ditebuk paku. 

Tindakan Zaman telah berjaya dengan bantuan Kamal namun telah menimbulkan kemarahan Dewi, kakak Suri. Dewi nekad mahu membalas dendam dan menghancurkan Zaman serta rakan-rakannya. 

Mampukah cinta antara dua dunia bertahan atau terkubur demi menyelamatkan sebuah persahabatan?

Sumber : Myinfotaip

Terkejut jugak Fiza, bila baca... Syafiq Kyle digandingkan dengan Hannah Delisha dalam cerita seram... Lebih-lebih lagi Hannah Delisha yang membawa watak Suri sebagai Langsuir.

Kalau tengok rupa paras dia yang comel ala-ala baby doll... Macam tak percaya je dia bawa watak tu. Apa² pun, itu adalah satu pembaharuan yang pastinya menjadi cabaran buat dia dan Syafiq Kyle menjayakan filem tersebut. Pasti ramai yang nak tengok Hannah Delisha jadi langsuir. Kan? 

Save the date ok! 

#FilemTerbaru
#Langsuir

2 Comments