DIA YANG MENULIS

Bermalam Di Grand Dormani Rajah Court Hotel


Assalamu'alaikum, hai... 
Bermalam Di Grand Dormani Rajah Court Hotel | Jumaat, anak-anak dah start cuti dan seperti kebiasaan Fiza, encik suami dan anak-anak akan ke Kuching untuk menziarahi mertua. Nak dijadikan cerita, dua minggu yang lepas encik suami buat tempahan hotel menggunakan online trivago untuk malam semalam. Mudah, cepat dan sedikit murah daripada datang sendiri ke hotel. 

Dua minggu dah tempah, siap call untuk confirmation... Lepas tu call balik pagi semalam bagitau kami check-in lewat dalam jam 2 petang. Bila sampai di kaunter hotel jam 3.20 petang... Boleh pulak dorang kata... Bilik dah takde dan dorang tengah siapkan bilik lain untuk kami. Disebabkan lama tunggu dorang siapkan... Encik suami ajak pergi ke KFC tapau nasi, zinger burger dan wedges... Tak larat dah nak turun... Dari pagi sampaila jam 3 petang... Atas jalan... Penat... Anak² pun kata tak mau makan dulu. Masih kenyang.

Sebelum balik hotel... Encik suami call balik hotel tanya bilik dah siap atau belum. Tengok² jam 5 lebih baru boleh masuk bilik... 

Nilah bilik deluxe untuk suami isteri dan dua anak, yang kami dapat... Kemudahan seperti peti sejuk mini, iron board dan hair dryer juga disediakan. 

Grand Dormani Rajah Court Hotel, Kuching Sarawak

Hurmmm... Kalau sejenis manusia yang tak penyabar... Memang kena maki dah diorang... Bayangkan, dua minggu dah kot booking... Siap bayar. Call bagitau lewat check-in... Boleh pulak kata bilik tak siap kemas lagi. 

Apa² pun setiap orang akan buat kesilapan. Kami suami isteri ok je. Cuma sedikit terkilan... Dari segi pengurusan. Fiza harap masa² akan datang mereka lebih alert. 

Mengenai bilik pulak, so far so good... In shaa Allah, hujung tahun nanti nak try hotel lain pulak. Hehe... 

Alhamdulillah, before jam 12.30 tengahari kami check-out. Nak check-out lambat boleh je... Tapi kena extra charge. Kami pun malas dah nak lama²... Sebab destinasi utama kami nak ke rumah mertua. Ada pun bermalam di hotel... Saja² je nak ajak anak² berehat di hotel... 

#ReviewHotelRajahCourt

Post a Comment

6 Comments

  1. geramnya kena service macamtu walhal dah inform awal dah. Kita bayar tapi service hambar memang boleh jadi isu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la Farhana. Tapi kami malas nak fikir... Penat punya pasal, redha jelah...

      Delete