DIA YANG MENULIS

Bertukar Template Blog Lagi!


Assalamu'alaikum, hai...
Bertukar Template Blog Lagi! | Harini tanggal 08.08.2018, Sekali lagi Fiza mengambil tindakan untuk menukar template blog. Begitulah rutin seorang blogger sepanjang menulis blog. Bila dah bosan dengan template blog yang lama, mulalah gatal nak usha template baru. Padahal, lebih banyak keburukan dari kebaikannya bila kita ambik keputusan nak tukar template... 

Kesan menukar template blog

KELEBIHAN DAN KEBURUKAN MENUKAR TEMPLATE BLOG

Kerap menukar template blog bukanlah suatu amalan yang baik. Banyak masa akan terbuang. Nak tukar template pun... Fiza dah ambik masa seminggu, nak pilih template yang bersifat responsive dan boost SEO... Inikan pulak nak setup balik coding. Tu baru part pilih template yang sesuai.

Bila dah jumpa template yang sesuai... Dah upload, ambik masa lagi... Setup semula kedudukan widget... edit balik coding html, css dan jugak javascript. Bagi blogger yang ada anak asyik nak berkepit je macam Fiza, satu hari memang tak cukup untuk setup balik template blog. Sebab tu... Kalau tengok widget di blog Fiza sekarang ni agak berterabur... Malah, masih ada yang tak buat lagi... Contohnya macam bloglist. For those yang selalu update blog... Bolehla letak url blog di ruangan komen. In Shaa Allah, nanti Fiza add dalam bloglist Fiza. Selalunya Fiza ambik masa seminggu jugak nak siapkan setup blog. Hurmmm... Sabar jelahlah ye... Jika korang singgah sini, nampak pulak benda berubah-ubah tu... Faham² lah ye. Buat tak tau sudah. Hehe...

Ada yang kata, kekerapan menukar template jugak mengakibatkan gangguan pada SEO. Secara tak lansung ia akan menyebabkan berlakunya penurunan pada pageviews. Yup! Ada betulnya... Macam Fiza harini pun... Pageviews blog turut jatuh merudum... Tapi takpe, segalanya akan kembali pada asal dalam beberapa minggu. In Shaa Allah...

Walaubagaimana pun, minat tak kan mematahkan semangat. Chewah! Puitis betul ayat... Padahal, otak still bercelaru... Asyik dok fikirkan errors pada coding. 

Dalam buruk, pastinya terselit kelebihan... Bila banyak kali dah try and error bermain dengan coding... Sikit sebanyak kita dalam proses belajar dan asah kemahiran kita untuk merekabentuk kedudukan segala widget di dalam blog agar lebih mesra SEO. Mana tahu... Lepas ni Fiza ambik tempahan design blog pulak. Kan?


Post a Comment

2 Comments

  1. cantik blog baru ni. kemas. yang paling penting, cepat je loading.

    https://ohaisyahelsa.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. simple n kacak.. yg penting x berat. hehe

    ReplyDelete