Assalamu'alaikum, hai... 
Shopping pilis sariayu di shopee | Alhamdulillah, kebiasaannya Fiza akan berbelanja dengan duit hasil berblog, tak pun encik suami belanja...  Untuk kali ni Fiza pulak belanja encik suami. Heehe..  Last week duit job dah masuk bank... So, bolehla shopping sebagai reward. Alhamdulillah, pilis sariayu Fiza dah sampai dua hari lepas... Ada 3 lagi barang yang tengah on the way.

Pilis sariayu

Fiza suka online shopping di Shopee bukannya apa... Bukan setakat banyak pilihan, pembayaran pun senang... Harga barang pun... Murah. Lepas tu...  Kita boleh refund balik duit kita jika barang tak sampai-sampai... 

Oh ya, fiza suka guna pilis sariayu setiap kali berpantang... First tak melekit. Kedua... Tak perlu bancuh... Terus boleh guna, berbau harum dan berkesan... Berkesan pada Fiza ok. Hehe... Al-maklumlah, lain orang lain keberkesanannya. Kekadang kita kata berkesan. Nanti ada yang try... Tak berkesan pulak... Naya kan... Kena telus dalam membuat reviews. Tak gitu... Tapi, ni bukan review berbayar ok. Review ikhlas dari Fiza. Chewah!!! 😊

Tapi, kalau nak try pun boleh jugak... 100ml,  harga termasuk postage... RM14.70... Ni harga Fiza dah tebus coins... Harga sebenar sekitar RM15 je. 

Alhamdulillah, 2 tahun online shopping di Shopee... Tak pernah lagi barang tak sampai... Atau kena tipu. Korang macam mana... Pernah tak shopping di shopee? Best tak? 

#OnlineShopping
#Shopee

4 Comments

ejulz said…
bok ngga rupa krim tok.. kedei2 mcm sharipah trading ada kali nak?
Atie Yusof said…
Memang seronok shopping di Shopee ni fiza...
salam Syawal ya.. :)
fiza linolie said…
Rasanya ada kali... Mun tinggal area kuching senang nak bercarik brg kedak tok.
fiza linolie said…
Kan... Murah dan mudah. Selamat hari raya jugak Atie.