Assalamu'alaikum, hai...
Filem Pulang di pawagam | Akan menemui penonton pada 26 Julai 2018. Berdasarkan sumber, filem ini diilhamkan daripada sebuah kisah benar arahan Kabir Bhatia. Antara para pelakon yang terlibat dalam filem ini juga adalah seperti Remy Ishak, Puteri Aishah, Azrel Ismail, Erwin Dawson dan Alvin Wong.


Pulang
Kredit : www.myinfotaip.com

SINOPSIS FILEM PULANG, 26 JULAI 2018
Berdasarkan sumber, filem yang berlatar belakangkan tahun 40-an ini mengisahkan tentang seorang kelasi kapal bernama Othman... Yang mana bernekad untuk mengubah nasib keluarganya dengan mengikuti pengembaraan berlayar ke serata dunia.

Sebelum berlayar, Othman berjanji akan pulang bersama kekayaan untuk isterinya, Che Thom dan anak lelakinya, Omar. Dengan penuh kesabaran,  isterinya akur dengan kehendak suaminya... Dan setia menunggu kepulangan suaminya selama 61 tahun.

Adakah Othman menepati janjinya? Adakah dia pulang kepangkuan keluarganya?
******
Siapa peminat filem epik, kena awal-awal save the date. Dengar cerita... Filem ni merupakan filem terbesar Primeworks Studios dengan bajet berskala besar sebanyak RM6 juta. Hurmmm... Banyak tu. Kan?

#FilemPulang