Assalamu'alaikum, hai...
Alexa rank 22 Julai 2018 | Seperti kebiasaan, setiap hari Ahad seandainya berpeluang... Fiza akan update alexa rank untuk blog. Tujuannya hanyalah satu... Iaitu untuk  mengetahui prestasi blog dari semasa ke semasa. Alhamdulillah, every weeks... Alexa rank blog Fiza semakin mengecil. Semoga mood berblog Fiza sentiasa ada untuk mempastikan alexa rank semakin mengecil.


Alexa rank fizacrochet 22 Julai 2018

BAGAIMANA CARA MENGECILKAN ALEXA RANK

Takde benda mudah untuk digapai tanpa usaha dan doa. Usaha, usaha dan terus berusaha... Itulah titik tolak sebuah kejayaan. Begitu juga dalam usaha mengecilkan alexa rank. Fiza bukanlah blogger otai... Masih banyak lagi benda untuk dipelajari. Anggap... Sahajalah entri ini sebagai catatan untuk try and error. Hehe...

First things first, langkah pertama kenalah rajin update blog. Atleast, satu hari satu entri... Tapi, lagi banyak entri lagi bagus.

Kemudian, kena rajin blogwalking. Bila kita banyak melakukan blogwalking... Secara automatik, empunya blog akan membalas kunjungan. Andai beratus blog kita kunjungi setiap hari... Kemudian, secara tak lansung ada yang minat baca blog kita... Dan cipta backlink... Bukankah itu juga penyumbang traffik blog yang akhirnya memberi kesan kepada alexa rank... Walaupun hakikatnya, bukan mudah nak maintain blogwalking setiap hari. Betul tak?

Selain itu, promosi juga amat penting Fiza rasakan... Semakin banyak kita melakukan promosi... Maka, semakin ramai yang mengetahui akan kewujudan blog kita. Tak caya... Try tanya blogger-blogger otai... Confirm mereka jugak bersetuju dengan pendapat Fiza. Cuma... Tu la, tempat Fiza kekadang line macam siput sedut... Jangankan nak promote banyak-banyak. Nak blogwalking pun kekadang lambat... Sudahnya Fiza hanya bergantung kepada traffik organik sahaja.

Fiza rasa tu antara tiga perkara terpenting cara bagaimana untuk turunkan ranking alexa. Selebihnya... Kenalah usaha dan terus berusaha. Kan? Betul tak?

Thanks ye kerana sudi baca entri Fiza.

#AlexaRank