Assalamu'alaikum, hai... 
Agen ABX di Betong, Sarawak | Selain pilis, flip flops dan kasut encik suami... Fiza jugak turut belikan kemeja untuk diri sendiri. Online shopping di Shopee je pun. Haha... Dalam pantang pun boleh shopping ye. Betapa hebatnya kuasa membeli atas talian. Kan? 



Harga asal RM55, after less... RM27 termasuk postage. Alhamdulillah, kondisi barang sampai dalam keadaan baik... Kainnya pun lembut dan sangat berpatutan dengan harga. Tak rugi beli. Hehe...


Agen ABX Betong

Cuma, pengeposan barang kali ni menggunakan agen ABX. First time Fiza dapat barang guna ABX. So, nak dijadikan cerita... Last week kebetulan masa encik suami pergi kursus di Betong... Fiza pulak dapat mesej suruh ambik barang di kedai No.38 Ung Tung Elektronik pasar lama Betong... Agen ABX katanya. Kat mana ye lokasinya. Even Pasar lama Betong takdela besar mana... Tapi, tak perasan pulak kedai tu...


Area betong sarawak

Dengan kuasa google... Fiza pun carik. Haha... Bila google dapat satu gambar ni. Dalam hati... Macam familiar je deretan kedainya... Area kedai 100% ni... Yes! Fiza pun whatsapp encik suami. Dengan berbekalkan info yang Fiza bagi... Akhirnya encik suami sampai ke destinasi... Ternyata kedai menjual barang elektrik tersebut... Sebaris dengan kedai 100% je.

Alhamdulillah... Barang sampai dengan selamatnya. Oh! Ya, seandainya nak suruh wakil yang ambik...Pastikan bawa Tracking. No atau nombor phone si penerima. Kalau tak... Agen ABX tak kan bagi barang korang. Take noted ok! 

Tu pun nak tulis kat blog ke? Pada Fiza, ia penting untuk dicatat... Mana tau... Nanti ada orang lain yang menghadapi masalah sama seperti Fiza... Tak tau agen ABX di Pasar lama Betong kat mana... Atleast, bila google jumpa blog ni... Dapatlah bantu... Kan? Bila kita memudahkan urusan orang lain... In Shaa Allah, urusan kita juga akan turut dipermudahkan.

Wallahu'alam...

Terima kasih ye kerana sudi singgah dan baca entri-entri Fiza di sini.

#Shopee
#BeliKemeja