DIA YANG MENULIS

Rasa loya, lesu dan muntah terjawab

Assalamu'alaikum, hai... 
Rasa loya, lesu dan muntah terjawab | Entri ini bukanlah untuk menunjuk atau riak. Jauh sekali, tak terfikir akannya. Fiza berkongsi cerita pun... Mungkin akan menjadi satu ilmu buat wanita bergelar ibu. 

Lately Fiza selalu pening, loya, lesu dan rasa nak termuntah. Period tetap kunjung tiba, tapi datang dalam keadaan pelik... Sekadar tompok kecokelatan dan berlansungan selama dua minggu bermula first day puasa. Tapi sekarang alhamdulillah dah takde dah. Dulu... Masa mengandungkan Nur Ain... Sehari je spot coklat, dah hilang. 

So, Fiza ignore jela sampai hari ke duapuluh lima ramadhan. Melihatkan keadaan Fiza yang lesu, asyik baring dan muntah, encik suami cadangkan buat upt. Ternyata positive. Nak dijadikan cerita... Semalam 11/6/2018, Fiza ke klinik bertemankan encik suami untuk buat pendaftaran mengandung. Alia dan Ain Fiza tinggalkan dengan adik dan neneknya di rumah. Seperti biasa, untuk daftar buku pink bagi anak ke-2, ke-3 dan seterusnya kenalah bawa buku pink kelahiran anak sebelumnya untuk rujukan

Setelah menunggu lebih kurang 15 minit, Fiza kena panggil. Soalan pertama nurse tanya 'macam mana tahu diri mengandung?'... Fiza jawablah buat upt sendiri. Kalau dulu... Dorang buat test guna strip tu... Terus dah boleh daftar buku pink. Tapi, tidak untuk kali ni. Maybe, dah ada makmal sendiri... So lainla procedure nya kot. Nak dijadikan cerita... Fiza kena buat urine test sendiri di bahagian makmal. Lucunya... Fiza dah bawak siap air kencing dalam botol... Dari rumah. Bulan puasa kan... Tak kan adanya kencing berkali-kali. Haha... So, dorang terima jelah sample yang Fiza bawak... 

Result upt

Untuk urine test, result terus boleh dapat hari tu jugak. Alhamdulillah, result positif... So, esok 13/6/2018 Fiza sekali lagi kena ambik darah... Untuk kenalpasti kumpulan darah, VDRL dan sebagainya. Result darah kena tunggu seminggu untuk mengetahui keputusannya. So, after raya 25/6/2018 barulah fully registration buku pink

Mungkin ada yang berasa pelik, kenapa tak buat sekali harung. Klinik kecil dan baru je ada makmal... Maybe dorang ada kekangan. So, kenalah ikut procedure. Tak jadi masalah pun buat Fiza, yang penting baby sihat. Fiza pun sihat. In Shaa Allah, no hal... 

Ya Allah, di bulan yang baik ni... Fiza doakan... Semoga rakan-rakan Fiza yang mendambakan cerita yang sama juga akan menyusul. Aamiin. Doakan Fiza ye supaya segalanya dipermudahkan. 

#ThirdPregnancy
#PengalamanMengandungAnakKetiga
#DaftarBukuPink

Post a Comment

1 Comments