DIA YANG MENULIS

Menemani Anak menyiapkan kerja sekolah

Assalamu'alaikum, hai... 
Menemani Anak menyiapkan kerja sekolah | Setakat ni, setiap hari pasti ada homework sekolah atau KAFA yang Alia nak kena siapkan. Seperti biasa, Fiza lah jadi peneman dia. Apa yang dia tak faham, In Shaa Allah Fiza terangkan mengikut kemampuan. 

Aktiviti matematik dan sambung titik pra-sekolah

LATIHAN MATEMATIK DAN SAMBUNG TITIK UNTUK PRA-SEKOLAH

Untuk weekend ni, dia ada homework matematik... Tambah, Mengira jumlah dan sambung titik. Alhamdulillah, so far... Alia on track... Dah boleh kira beratus, tahu konsep tambah, tolak dan latihan sambung titik mengikut susunan nombor... Takde masalah. Jadinya, Fiza jadi tukang tengok jelah untuk siapkan homework dia kali ni... 

Cuma satu je yang Fiza perasan bila sampai part mewarna. Tau jelah budak... Kalau dah semuanya siap. Semua benda dia nak warnakan.

Nak dijadikan cerita... Setiap kali mewarna, setiap kali tu jugak dia tanya ok ke tak apa yang dia buat. Selagi tak siap selagi tula... Dia bertanya. Sepertinya dia nak apa yang dia buat perfect... Allahu Akhbar... 

Fiza perasan dia berperangai sebegitu lepas dia dapat tempat nombor 2 dalam pertandingan mewarna haritu. Naik risau jugak Fiza... Tapi, dalam masa yang sama Fiza ingatkan dia jugak... Siapkan kerja cepat, tapi hasilnya terbaik dan... Tak perlulah nak risau sangat... 

Entri ringkas dari Fiza. Anak adalah anugerah terindah... Selagi ada ruang... Selagi itu Fiza akan coretkan kisah tentang dia. 

Sayang anak-anak selamanya. Terima kasih ya Allah kerana telah menghadirkan mereka dalam hidup kami... Aamiin... Moga-moga ada berita baik bulan ni. Hehe... 

#KisahAnak

Post a Comment

0 Comments