Assalamu'alaikum, hai... 
Waktu Khalil,  21 April 2018 | Sebuah cerekarama yang berunsur refleksi diri. Menampilkan lakonan Kamal Adli, Puteri Aishah, Aprena Manrose, dan Danish Hazriq. Akan disiarkan pada malam ni... Di TV3, jam 9 malam. 

Cerekarama terbaru waktu khalil
Kredit Gambar : Blog Myinfotaip

SINOPSIS WAKTU KHALIL
Cerekarama ini mengisahkan tentang kehidupan pasangan suami isteri, Atie dan Wan yang begitu taasub dengan media sosial dan bekerja hingga lupa akan tanggungjawab serta peranan mereka untuk menumpahkan sepenuh kasih sayang kepada dua cahaya mata mereka, Khalil dan Kayla. Sejak majlis reunion sekolahnya, Atie sentiasa dengan telefon bimbitnya. Manakala suaminya, Wan pula sibuk dengan urusan perniagaannya sehingga, sesuatu yang terjadi kepada anaknya iaitu Khalil. Satu hari, Khalil dilanggar lari ketika dalam perjalanan ke rumah kawan baiknya, Niko. Gambar kemalangan dimuat naik di media sosial dan menjadi tular. Berita itu diketahui Wan dan Atie selepas melihat gambar terbabit di media sosial mereka. - Dunia Cik Akak
PENDAPAT PERIBADI BERDASARKAN SINOPSIS
Jalan cerita macam best je... Yelah!!! Telah menjadi fenomena dunia masa kini. Parents sibuk mengejar keseronokkan duniawi hingga lupa akan anak di sisi. Ketaksuban kepada kerja dan gajet membuatkan anak-anak terabai. Mungkin cerekarama ini membawa mesej dan pengajaran buat kita semua. 

In Shaa Allah,  jika berpeluang... Bolehla tengok cerekarama ni... Nak jugak tahu apakah kesudahannya. Tapi tu pun kalau boleh... Selalu layan Gema Gegar Vaganza 2 di Astro Oasis

#CerekaramaTerbaru
#WaktuKhalil