Assalamu'alaikum, hai...
Tidur siang, bagus atau tidak? | Kebiasaannya, kalau orang tua-tua tengok kita tidur siang... Mesti dorang beranggapan yang kita tu pemalas. Kenapa? Sebab... Bagi kita, tidur siang hanya dikaitkan dengan bayi, orang tua ataupun orang sakit. Betul tak? 

Manfaat tidur siang
Kredit Gambar : Pinterest

5 MANFAAT TIDUR SIANG UNTUK TUBUH BADAN KITA

Walaupun kita beranggapan tidur siang itu mungkin membuang masa kita... Ataupun hanya golongan tertentu je boleh tidur siang. Tapi, ketahuilah... Terdapat beberapa manfaat, sekiranya kita mengamalkan tidur siang... Antaranya ialah :-
  1. Jika kita mengamalkan tidur siang selama 30 minit dalam sehari,  ia dikatakan boleh memperkuatkan lagi sistem kekebalan tubuh badan kita untuk melawan penyakit. 
  2. Kemudian,  tidur siang jugak dikatakan mampu meningkatkan kemampuan daya ingatan seseorang. Secara tidak lansung otak lebih mudah untuk menerima pelajaran. 
  3. Tidur siang jugak membantu kita untuk mengurangi stress
  4. Meningkatkan kewaspadaan. Lebih-lebih lagi yang keluar bekerja mencari rezeki. Manfaatkan masa rehat yang ada dengan tidur. Mungkin dengan tidur siang, ia membuatkan kita lebih aktif, produktif dan fokus. 😊
  5. Memicu kreativiti. Ada benarnya. Andai kita tak cukup rehat. Otak pun tepu, malas nak berfikir. Pernah tak alami? Bila tak cukup tidur... 

HADITS RASULULLAH YANG MENUNJUKKAN BAHAWA SETIAP ORANG PERLUKAN TIDUR SIANG DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Hadist Rasulullah, 
"Qailulah-lah (istirehat sianglah) kalian,  sesungguhnya setan-setan itu tidak pernah istirehat siang.. "(HR.  Abu Nu'aim dalam ath-Thibb, dikatakan oleh Al-Albani dalam Ash-Shahihah No. 1637, isnadnya shahih). 

Dari Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu
"Mereka(para sahabat) dulu biasa melaksanakan sholat Jum'at, kemudisn istirehat siang. "(HR. Bukhari dalam Al-Adabul Mufrad No. 1240, dikatakan oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Adabil Mufrad No. 939: isnad shahih) 

Dua hadist tersebut sudah cukup membuktikan bahawa isterehat siang itu adalah perlu dalam kehidupan seharian kita. Betul tak? 

Tahukah korang... 

Qailulah-lah ialah tidur sekejap pada waktu siang hari atau orang putih kata 'take a nap'. Mengikut perkongsian pengalaman mereka yang istiqomah mengamalkan Qailulah-lah, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum masuk waktu Zohor. Namun boleh juga dilakukan selepas Zohor. 

Mengikut kajian, 1 minit Qailulah-lah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita pada waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah-lah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, InsyaAllah..

Di negara barat biasanya "nap" dilakukan dari pukul 2 petang hingga 4 petang. Hasil kajian menunjukkan amalan "nap" waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung. Menurut mereka yang istiqomah mengamalkan Qailulah-lah lagi, sebaik bangun dari Qailulah-lah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit. Tetapi selepas itu, kita akan merasai perubahan mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan fokus. Hebat kan? 

Moga lepas ni, bila kita tengok ada ahli keluarga atau rakan yang tidur siang... Janganlah di perli atau diganggu. Haha... Fiza la tu... Bila tengok encik suami tidur, mesti nak usik. Siannn dia 😂😂😂

Apa-apa pun,  semoga harini lebih baik daripada semalam. Aamiin... 

#TidurSiang
#KebaikanTidurSiang

2 Comments

  1. Orang yang tak tahu je kata tak bagus, kena gak tidur jap untuk rehat minda kita nie...

    ReplyDelete
  2. kin kalau waktu lunch kat office pun mesti akan ambil short nap kejap. pas bangun rasa bertenaga je.

    ReplyDelete