DIA YANG MENULIS

Sinopsis episod 4 Mr.Grey

Assalamu'alaikum, hai...
Sinopsis episod 4 Mr.Grey | Jannah balik kampung dan jumpa mak Nisa. Siap bagi handphone lagi. Di sisi lain, ketika Nisa sedang menunggu di perhentian bas... Tetiba kereta Mr.Grey hon dari belakang. Dia tumpangkan Nisa Ardina balik rumah. Sempat jugaklah bersembang dalam kereta pasal cinta dan kanser. Akhirnya terjawab pasal Mr.Grey sakit ke tidak.

Sampai di rumah, Nisa tak berani nak masuk sebab lampu tak terpasang. Apalagi, dia pun mintak tolong dengan Mr.Grey. Suka sangat usik Nisa... Sampaikan Nisa kutuk kaw2. Haha... Sambil minum air, sambil tu jugak dia pot pet pasal Mr.Grey. Tetiba mak Nisa call. Nisa ingatkan Mr.Grey. Haha... Pengakhiran bualan dorang, mak Nisa pesan kirim salam kepada Mr.Grey. Dan terima kasih jugak kerana benarkan Nisa sambung belajar.

Hari berikutnya seperti biasa, Nisa ke pejabat. Tak sah kalau Mr.Grey tak usik Nisa. Kat depan staff kemain garang dengan Nisa. Bila di bilik, dia kenakan Nisa Kaw2. Haha...

Di sisi yang lain Mr.Red berjumpa dengan Nadin... Untuk berbincang pasal agenda dorang nak jatuhkan Mr.Grey. Jannah balik... Satu rumah terang-benderang. Nisa mana boleh duduk sorang gelap-gelap. Masa Jannah sampai, Nisa terbongkang tidur dengan keadaan mulut ternganga. Apalagi, Jannah kejutkan dia sebab Mr.Grey call.


Sebagai merangkap PA kepada PA, Nisa kena call Mr.Grey setiap malam untuk update jadual kerja dia. Pagi masa breakfast, Jannah bagikan Nisa sambal belacan, kari ayam dari mak dia. Kemudian hadiah dari Ilham. Lepas tu, Jannah ajak Nisa ke supermarket beli hadiah dan barang dapur sikit.

Masa di supermarket, mommy dan Mr.Grey pun kebetulan ada. Menyempat pulak Mr.Grey dengar perbualan antara Jannah dan Nisa pasal macam mana nak bezakan jantina ayam dan udang. Sedang Nisa ralit memilih udang, tetiba Mr.Grey datang mengusik. Haha... Sambil tu dorang sama-sama pilih udang. Masa nak bayar, mereka terserempak dengan mommy Mr.Grey. Dorang pun berkenalan. 

Masa di rumah, Nisa pelik Jannah tak keluar lagi... Padahal flight ke Dubai. Dalam masa yang sama Mr.Grey call Nisa lagi untuk tanyakan tentatif kerja dia. Diorang kena pergi ke Ipoh, Perak sebab ada kerja. 

Masa Nisa keluar dari rumah untuk ke Perak, tetiba sebuah kereta hon Nisa dari belakang... Kemain bising Nisa Ardina. Haha... Mesti Mr.Grey kan saja mengusik. Episod 4 tamat di situ. 

#MegadramaTerbaru
#MrGrey
#FendyBakry
#EyraHazali


Post a Comment

1 Comments

  1. busyra ada tngok cerita ni. tp tak follow sngt. apapun best jgk storynya.. sweet tambah kepoh .. haha

    ReplyDelete