DIA YANG MENULIS

Sinopsis episod 3 Mr. Grey

Assalamu'alaikum,  hai... 
Sinopsis episod 3 Mr. Grey | Kereta Nadin tiba-tiba rosak di tengah jalan. Bila Mr.Red lalu, dia pun menghulurkan bantuan untuk tumpangkan Nadin. Walaupun Nadin agak hambar orangnya, namun dia menerima bantuan yang Mr.Red hulurkan.

Di satu sudut lain waktu lunch, Nisa keluar berjumpa dengan Ilham. Terserempak pulak dengan Mr.Grey. Apalagi, Ilham pun bertegur sapa dengan Mr.Grey. Ilham pelawa Mr.Grey join dorang. Tapi Mr.Grey menolak dengan alasan masih ada urusan lain yang perlu diselesaikan. Apalagi, Nisa dan Ilham berlalu pergi.


Nisa Ardina

Waktu lunch, Nisa dan Ilham berbual tentang tujuan Ilham ke Kuala Lumpur. Namun, tetiba pulak bercerita soal hati. Nisa tersedak. Haha...  Ilham offer Nisa supaya bekerja dengan dia. Tapi Nisa tolak... Katanya, Nak sambung belajar. Tapi, Ilham bercerita soal hati pulak. Nisa tukar topik... Namun soal hati still menjadi topik perbualan hingga ke dalam kereta. Namun, setelah mendengar penjelasan Nisa... Ilham akur.

Masa masuk office, tetiba Nisa terlihat seorang pekerja ambik duit masuk sampul dan meletakkannya di dalam air-cond. Nisa terdengar perbualan lelaki tersebut dengnan Mr.Red. nasib baik Nisa sempat Snap gambar perbuatan lelaki tersebut.

Bila lelaki tersebut keluar, nisa ambik sampul yang terdapat di aircond tersebut. Lepas tu dia simpan duit dalam sampul tersebut ke dalam peti sejuk. Masa keluar dari pantri, Nisa perasan Mr.Red kecoh tuduh Kak Ain ambik duit RM50K... Siap tahu lagi simpan kat mana. Apalagi, Nisa Ardina datang jadi penyelamat. Nasib baik...

Sekali lagi, Mr.Grey suruh Nisa masuk bilik... Terangkan apa yang dah berlaku. Kemudian, masa balik kerja. Mr. Red bagi habuan dengan Nadin sebab dah bantu dia kenakan Ain.


Nabil Aqil
Nabil,  driver Mr. Grey
Kredit Gambar : www.mediahiburan.my/nabil-aqil-finalis-hero-remaja-2017-iras-wajah-fattah-amin/

Kemudian, hari berikutnya masa Nisa nak beli nasi lemak. Mr.Grey pun datang jugak nak beli nasi lemak. Masa on the way berjalan balik office. Tetiba Mr.Grey sebut soal hati. Cuak Nisa... Tak kan Mr.Grey dah jatuh hati dengan dia. Masa Nisa makan sorang-sorang di pantri pun, Mr.Grey datang menyapa. Nadin memerhati di belakang tanpa pengetahuan dorang. Tetiba driver Mr.Grey, Si Nabil datang bagitahu mommy Mr.Grey menunggu di bilik. Rupanya, mommy dia nak perkenalkan seorang perempuan. Masa mommy dia balik... Mr.Grey buat-buat marah dengan Nisa. Haha... Dia tak nak staff lain tahu dia baik dengan Nisa.

Masa balik kerja, bas takde... Tetiba sorang akak offer naik sama dengan dia. Tapi malangnya kereta suaminya penuh. Dalam dok membebel, tetiba datang sebuah kereta dari belakang. Siapakah owner kereta tersebut? Kenalah tengok episod 4 malam ni. Hehee...

#MegadramaTerbaru
#MrGrey
#NisaArdina

Post a Comment

4 Comments

  1. rumah saya tak ada astrok.. tunggu online la nampak nya... macam best saja baca sinopsis ini.
    apa pun, salam ukhwah. saya follow sis dan link ke blog saya dah http://kuazue.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berkenalan kak. Terima kasih ye sudi singgah dan follow blog Fiza 😊

      Delete
  2. Zumal teka Mr. Grey yang datang. Hehehe...

    ReplyDelete