Satu hari tak update blog

Assalamu'alaikum, hai... 
Satu hari tak update blog | Semalam, Fiza lansung tak jenguk blog semuanya dek kerana menghadiri program sukaneka antara KEMAS dan Pra-sekolah kak Alia. Minggu lepas lagi Alia dan ingatkan Fiza untuk hadir. No problem, demi anak-anak Fiza takde masalah untuk hadirkan diri. 

Malam sebelum hari kejadian, Fiza dah ingatkan Ain supaya bangun awal. Fiza pun tak nak lepaskan peluang untuk libatkan dia dalam program ni. Alhamdulillah, semalam lepas subuh Fiza kejutkan dia. So far, setakat ni Alia dan Ain senang untuk bangun pagi

Kemudian, lepas semuanya siap kami pun ke sekolah. Kami antara orang yang terawal sampai. Para cikgu pun baru nak start set up tempat. Setelah semuanya siap, sebaik sahaja perasmian daripada guru besar tamat. Aktiviti pun bermula dengan senam robik, diikuti aktiviti kanak-kanak seperti tiup belon, jalan sambil bawak biji kacang di atas kepala, turunkan pasir dalam botol dan isi air dalam botol. Kemudian untuk aktiviti ibubapa... Kami kena jalan berpasangan sambil ikat kaki. Disebabkan encik suami terkena gout... Semua aktiviti Fiza harungi sorang-sorang. 😭😭😭

Hari sukaneka pra-sekolah

Haha... Ok lagi masa tu. Setelah selesai aktiviti tu, sambung pulak aktiviti pecahkan belon guna kaki. Lama tak bersukaneka... Terasa seronok pulak. Walaupun hakikatnya, termengah-mengah. Haha... Kemudian, lepas rehat... Kami sambung lagi permainan... Tiup bola dalam gelas dan aktiviti terakhir... Susun mangkuk bersama anak masing-masing. Alhamdulillah, akhirnya sukaneka tamat 12 tengahari. Rumah kami iaitu kuning tempat ketiga. Actually, tak kisah sangat dengan nombor... Yang penting anak-anak enjoy. Bak kata kak Alia "seronok betul harini mak"...

Cuma tu la... Tamat je aktiviti, balik rumah barulah terasa kepenatannya. Lama tak bersukan, satu badan lenguh-lenguh. Allahu Akhbar. Tapi tak hairanla... Lepas bersukan badan sakit adalah perkara biasa, normal dan tidak kekal lama. Esok lusa... Baiklah tu. 

In Shaa Allah, harini dah boleh dah start balik ativiti blogging dan blogwalking 😃😃😃. Terima kasih ye, for those yang sudi singgah dan baca entri Fiza. 



Satu hari tak update blog Satu hari tak update blog Reviewed by fiza linolie on April 24, 2018 Rating: 5

1 comment: