Assalamu'alaikum, hai...
Rutin seorang isteri | Alhamdulillah, seawal 4.30 pagi Fiza dah bangun untuk sediakan sarapan pagi buat encik suami dan anak-anak. Semalam encik suami pesan sebelum tidur, buatkan telur goreng untuk bento harini. Allah simple betul menu yang dia mintak... Bisik hati kecilku. 

Cucur keladi goreng

Katanya jemu asyik ayam, ikan...Lagipun lama tak makan telur. Teringin kot. So, alhamdulillah... Pagi ni Fiza buatkan telur goreng, pisang goreng dan keladi goreng untuk bento dorang. Semuanya bergoreng. Allahu Akhbar... Apa-apa pun, kita harus bersyukur dengan rezeki yang kita ada. Ada lagi umat manusia yang lebih susah jika hendak dibandingkan dengan kita. Tengok jelah negara-negara yang berperang. Kesian! Hari-hari kekurangan makanan. Kita? Berjuta-juta tan sehari makanan dibuang. Hurmmm... 

For those yang bekerja, mesti setiap hari waktu bekerja... Rutinnya lagi padat daripada seorang surirumah tangga sepenuh masa. Fiza tabik korang... Namun, Fiza tetap bersyukur dengan apa yang Fiza ada sekarang. Mungkin... Rezeki Fiza diberi peluang untuk jaga anak-anak sendiri dan sentiasa ada di sisi buat ibu dan ayah di kala mereka memerlukan.

Well, langit tak selalu cerah. Ada ketika mendung berarak jugak. Dalam kita dok sibuk jaga anak... Kedengaran jugak makcik bawang menyoal rezeki Fiza. Belajar tinggi-tinggi, tapi still tak kerja lagi. Tak takut ke nanti kena tinggal dengan encik suami? Allahu Akhbar... Soalan panas... Sepanas hati kita yang mendengar. Sabar! Haha... 

Bohong la kalau kita tak fikir akan perkara-perkara sebegitu. Tapi, itu dulu... Now, Fiza sentiasa elakkan diri untuk memikirkan benda-benda negatif. Fiza tak nak stress... Fiza percaya, rezeki Fiza... Allah dah tentukan. Buat apa nak Fikirkan suami tinggalkan kita. Tak baik tau... Kata-kata bagaikan doa. Kalau hari-hari dalam hati kita memikirkan benda-benda negatif... Tak mustahil ia akan terjadi. That why, Fiza tak nak fikir semua tu... Baik Fiza sibukkan diri dengan kerja-kerja online dan tempahan kait Fiza... Ada jugak masyukk... Kan? 

Apa-apa pun, semoga harini lebih baik daripada hari semalam. Aamiin... 

Rutin seorang isteri bukan hanya sediakan breakfast seawal pagi... Tapi ada banyak lagi. Tak perlulah nak senaraikan satu persatu. Hakikatnya, tugas seorang isteri kenalah dilakukan dengan penuh ikhlas... Fiza percaya, Pasti ada ganjaran besar buat kita semua. In Shaa Allah... Mudah-mudahan hendaknya Aamiin... 

Bye... 

4 Comments

  1. tahniah Fiza.
    Mudah2an sentiasa dimurahkan rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin... Mudah2an kita sama2 dimurahkan rezeki ye pakcik.

      Delete
  2. Saya bersyukur dibesarkan oleh ibu surirumah. Banyak masa terluang dengan ibu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Mai. Memang banyak masa yang terluang untuk bersama dengan ibu.

      Delete