Minggu Pertama Gema Gegar Vaganza 2, 2018 | Alhamdulillah, tadi sempat jugak layan gema gegar vaganza musim ke-2 di Astro Oasis dengan encik suami. 11 peserta akan bersaing selama 7 minggu. Berikut adalah barisan peserta dan judul lagu untuk minggu pertama GGV musim kedua.

Peserta GGV2
Kredit gambar : utaranews.com/2018/03/awi-rafael-dan-farah-asyikin-hiasi-gema-gegar-vaganza-musim-kedua.html/
Kumpulan, Inteam - lagu kasih kekasih
Awi Rafael - Lagu manusia sempurna Kumpulan Rabithah - Lagu Jalan keluar
Hazwani dan Heliza Helmi - Lagu Jom berselawat
Kumpulan Devotees - Lagu Kekasih
Adeep Nahar - Lagu Izinkan
Kumpulan Mestica - Lagu Salahudin Al-Ayubi
Fitri Haris - Lagu Ainul Mardhiah
Ippo Hafiz - Lagu Kekal bahagia
Farah Asyikin - Lagu kembali lagi di sisimu
Kumpulan Brothers - Lagu teman sejati

Selain itu... Hos program Gema Gegar Vaganza musim kedua masih mengekalkan Fikry Ibrahim dan Siti Nordiana. Ustaz Fakrul pulak menggantikan tempat Achey. Masih mengekalkan dua juri yang sama iaitu Encik Farahin Fatah, Puan Oki Setiana Dewi dan juri jemputan minggu pertama adalah Dato' Ramli MS. Tema minggu pertama pulak adalah " Laa... Lagu ni ke ". Anugerah Vokal mantap lagi bergema minggu pertama disandang oleh Adeep Nahar.

Before, minggu pertama GGV musim ke-2 melabuhkan tirai, sama seperti musim pertama... Semestinya ada slot Ada rezeki ada lagi... Dan berikut adalah barisan peserta dan lagu pilihan untuk minggu ke-2 GGV musim ke-2.

Hanya Padamu - hos punya lagu lol
Hijau - Adeep Nahar
Lailahailallah - Awi Rafael
Standing in the eyes of the world - Hazwani dan Heliza 
Malaikat - Fitri Haris
Surat cinta untuk Starla - Kumpulan Mestica
Kekasih awal dan akhir - Kumpulan Brothers
Hitam putih kehidupan - Farah Asyikin
Kau satu-satunya - Kumpulan Inteam
Rapuh - Ippo Hafiz
Semangat yang hilang - Kumpulan Rabithah
Sempurna - Devotees

Itu sedikit maklumat mengenai perjalanan pentas GGV musim kedua untuk minggu pertama. Alhamdulillah, minggu pertama tiada penyingkiran.

Tabik dengan kumpulan Inteam dan Brothers... Suara still mantap. Namun, lagu Ainul Mardhiah tetap di hati Fiza. Haha... Korang tengok tak GGV tadi?

#GemaGegarVaganza2

2 Comments

  1. tak tengok lagi..kiranya kali ni mcm bertema nasyid kan...ada Brothers, Inteam, Heliza...nanti nk tgk kat online..

    ReplyDelete
  2. Ha'ah sis memang bertemakan nasyid. Menarik persembahan dorang semalam. Alhamdulillah, Fiza suka part embak Oki Setiana Dewi buat ulasan. Santai tapi penuh ilmu.

    ReplyDelete