DIA YANG MENULIS

Menu tengahari yang mengenyangkan

Assalamu'alaikum, hai...
Menu tengahari yang mengenyangkan | Alhamdulillah, pagi tadi mak petik tomato di laman rumah. Tetiba bapak request sambal belacan tomato untuk lunch hour. Mana mungkin si isteri nak menolak permintaan suami. So, harini kita makan masakan mak jelah. Haaha... Fiza pulak, tolong gorengkan ayam dan buat sayur kobis bertumis. Ulam pulak... kami petik je ulam raja di laman rumah. Pergh!!! Selera makan kemain lagi... Ayam goreng pun tolak tepi bila ada sambal belacan.


Men tengahari yang mengenyangkan

SAMBAL BELACAN BUAH TOMATO
Nak membuat sambal belacan bukanlah susah. Bahan yang diperlukan hanyalah buah tomato, belacan, cili, ikan bilis, bawang putih, bawang merah. Tumbuh semua bahan kecuali buah tomato. Kepedasan pulak ikut selera memasing. Kami suka pedas jadinya letaklah banyak cili. Bila dah naik bau... Potong tomato menjadi 6 hirisan... Pun ikut saiz buah. Pastikan buah tomato tak hancur sangat. Kira nampak masih fresh ok. Senangkan?

Alhamdulillah, rezeki lunch hari ni cukup mengenyangkan. Lagi-lagi ada ulam raja. Di kampung Fiza, ia dikenali ulam cantik manis. Ia sangat baik tau untuk kesihatan kita... Antaranya, ialah :-

KHASIAT ULAM RAJA/CANTIK MANIS
01 | MENGATASI ANEMIA KETIKA HAMIL
Seseorang wanita hamil yang dikatakan mengalami anemia apabila  mengalami kekurangan darah merah sehingga kurang daripada 11gm%. Berdasarkan beberapa buah blog, rata-rata mengatakan ulam raja kaya dengan kandungan zat besi dan ia dikatakan mampu mengatasi anemia ketika hamil. Siapa yang hamil tu, bolehla makan daun ulam raja selalu jika didapati mengalami anemia.

02 | AWET MUDA
Pengambilan ulam raja atau cantik manis yang kerap mampu menambahkan kandungan oksigen dalam darah. Apabila oksigen bertambah, maka peredaran darah menjadi semakin lancar. Secara tidak lansung, ia akan membuatkan wajah kita berseri-seri.

03 | MERENCATKAN KUMAN DAN BAKTERIA
Menurut laman cun.my, kandungan klorofil yang diestrak d ari daun ulam raja mengandungi pelbagai jenis bahan kimia semulajadi seperti costunolide, stigmasterol, lutien dan bipyridine yang dikatakan mampu merencatkan pembiakan kuman. Menarik bukan?

04 | MERAWAT DIABETES
Berita baik buat pesakit kencing manis. 
Terdapat kajian yang dibuat oleh para penyelidik dari UKM yang membuktikan bahawa ulam raja/cantik manis mampu merawat penyakit Diabetes Mellitus Type 2. Tak salah mencuba. Jadikan ia salah satu menu dalam diet harian. Mana tau ia benar-benar terbukti mampu merawat penyakit kencing manis. Kan?

05 | MENGUATKAN IMUNISASI BADAN
Ulam raja juga dikatakan membantu menguatkan sistem imunisasi badan kerana ia juga mempunyai asid askorbik yang dikenali juga sebagai vitamin C. Zat ini penting dalam membaiki tisu, penyembuhan luka, pertumbuhan tulang dan pembaikan dan kulit yang sihat. Ia juga membantu melawan jangkitan badan dan bertindak sebagai antioksidan yang mampu melindungi sel-sel daripada kerosakan.

Selain itu, jika kita kerap berasa lesu atau lemah-lemah badan, ulam raja juga dikatakan mampu mengurangkan rasa lesu dan lemah badan jika kita amalkan memakan ulam raja.

Itu serba-sedikit maklumat berkaitan khasiat ulam raja dan menu lunch kami sekeluarga. Alhamdulillah.... Sangat mengenyangkan. Korang pulak macammana?

Post a Comment

2 Comments

  1. sedap ni lauk kampung. boleh pecah selera. lama tak makan macam ini. sejak akhir-akhir ini selera jadi kurang dah.. tua dah gamak nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe cik Azue.. Pelan2, jaga kesihatan diri ye 😊

      Delete