Islamic Quotes #9 : Cara menegur orang yang bersalah

Assalamu`alaikum, hai...


Islamic Quotes yang ke-9 dari blog Fiza
Cara menegur orang yang bersalah

"Al-Imam Sulaiman Al-Khawas Rahimahullah berkata, "Barangsiapa menegur saudaranya di saat hanya berdua maka itulah nasihat, dan barangsiapa yang menegur saudaranya di depan banyak orang maka ia telah menjelek-jelekkan saudaranya" - Al-Amru Bil Ma'ruf Nahyu 'Anil Munkar Libni Abid Dunya :61

Kekadang, bila kita membuat teguran... Kita selalu main bantai je. Bercakap pun ikut sedap mulut kite. Lansung tak fikirkan perasaan orang lain. Fiza suka dengan ayat ni "letak diri kita dalam diri orang lain, barulah kita tahu erti memahami". 

Before nak membuat teguran, kita kena fikirkan beberapa faktor terlebih dahulu. Apabila kita menjaga aib orang, In Shaa Allah... Aib kita juga akan terjaga. Sebab tu, sebelum kita nak tegur kesalahan orang lain... Kena tahu sensitiviti sekeliling. Tak perlulah nak marah di depan khalayak ramai. Bukan kah itu... Akan membuatkan orang yang kita tegur berasa down. Pernah lalui tak kena marah depan orang ramai? Apa yang korang rasa masa tu?

Same things berlaku di media sosial terutamanya di facebook. Mentang-mentang tak jumpa face to face... Ikut suka hati dia je nak tegur dengan bahasa yang kesat. Padahal, ramai je followers yang baca status kita. Renung-renungkan lah.

Bersama-samalah kita beringat. Fiza suka berkongsi sambil mengingati sendiri. Kekadang ada hari kita lupa. Kan? 

Wallahu'alam... 


Islamic Quotes #9 : Cara menegur orang yang bersalah Islamic Quotes #9 : Cara menegur orang yang bersalah Reviewed by fiza linolie on April 05, 2018 Rating: 5

4 comments:

  1. Betul tu Fiza, nak tegur kena ada cara dan etika mengikut situasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Sama2la kita beringat. In Shaa Allah 😊

      Delete
  2. Tegur dengan hikmah pasti berkesan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kata sis. Apa-apa pun terima kasih sudi singgah dan follow di sini 😊

      Delete