Assalamu'alaikum, hai...
Fendi Bakri yang memegang watak Mr.Grey dalam megadrama Mr.Grey | Malam ni megadrama Mr.Grey akan mula ditayangkan dengan episod 1 di Astro Ria 104,  jam 10 malam. Korang perasan tak hero megadrama tersebut? Pernah tak tengok dia berlakon. Sekali imbas... Seperti Remy Ishak. Haha... Pepandai je kata macam Remy Ishak kan... Padahal lansung takde pertalian.

Fendy Bakri Mr.Grey
Kredit Gambar : Twitter

Ada jugak baca info pasal Fendi Bakri... Atau nama sebenarnya Mohd Affandi Bin Nor Bakri... Berusia 30 tahun dan berasal dari Perlis. Rupanya, dia antara 23 Finalis Pencarian Hero Remaja pada tahun 2011/2012 tau... Tak silap, dia bersaing dengan Fattah Amin, Syafiq Kyle, Saharul Ridzwan dan beberapa orang pelakon lagi masa tu... Tapi, masa tu... Fattah Amin yang dinobatkan Hero Remaja 2011/2012... No wonder la jarang tengok dia berlakon... Rupanya, berdasarkan sinar harian bertarikh 23 November 2017... Dia sibuk menguruskan syarikat Lotus LC Management. Buat bisnes sendiri rupanya.

For those, yang nak tahu lebih lanjut pasal dia... Bolehla follow IG dan Twitter Fendy Bakri seperti berikut :-

Intagram : @fendybakry
Twitter : @affandibakri

Ada masa, bolehla tengok dia dengan heroinnya si Eyra Hazali malam ni. Bye... 

#MegadramaTerbaru
#FendyBakry
#MrGrey