DIA YANG MENULIS

Eat that frog!

Assalamu`alaikum, hai...
Eat that frog! | Alhamdulillah, satu lagi buku motivasi yang berjaya memikat hati Fiza untuk baca sampai habis isi kandungannya. Sebenarnya, buku ni dah setahun encik suami beli. Dia pun dah habis baca sampai duatiga kali. Cuma Fiza je baru sekarang teringin nak baca. Untuk makluman korang, buku ni boleh didapati di popular bookstore dan kedai jual buku dengan harga yang sangat murah. RM15 untuk Semenanjung dan RM17 untuk Sabah/Sarawak. Tapi buku ni, encik suami beli di popular bookstore...

Buku eat that frog

Buku ini adalah keluaran PTS Professional Publishing SDN. BHD. dan mempunyai 124 halaman. Jika melihat kepada tajuk buku, pasti kita berasa pelik kan. Kenapa perlu kita makan katak? 

Berikut adalah sedikit snapshot intipati buku, di mana...

Begitu banyak yang perlu dilakukan dalam waktu yang begitu singkat. "Eat That Frog" adalah teknik terhebat bagi membunuh kemalasan dan membereskan lebih banyak kerja dalam masa yang singkat.

"Sekiranya kamu perlu makan seekor katak pada setiap pagi, kamu perlu bersyukur kerana itulah perkara terburuk yang mungkin berlaku pada hari itu." - Mark Twain - 

Peraturan pertama memakan katak: Sekiranya kita perlu makan dua ekor katak, makanlah yang paling hodoh dahulu. Bermaksud apabila kita mempunyai dua tugas penting, mulakan dengan tugas yang paling besar, paling penting dan paling susah dahulu. Disiplinkan diri kita bagi memulakan tugas itu serta-merta. Siapkan tugas it terlebih dahulu sebelum memulakan tugas yang lain.

Peraturan kedua memakan katak: Sekiranya kita perlu makan seekor katak hidup-hidup, makanlah dengan segera. Tiada gunanya sekadar duduk dan merenung katak itu lama-lama. Bermaksud, selesaikan tugas yang paling penting pada setiap pagi. Itulah kunci kepada prestasi terhebat dan produktiviti tertinggi. Jadikan 'makan katak' sebagai rutin harian sebelum melakukan perkara lain. Jangan berfikir panjang untuk 'makan katak' dan jangan bertangguh melakukan tugas yang penting.

Sebenarnya dalam buku tersebut, katak adalah simbolik kepada tugas, tanggungjawab dan amanah yang perlu dilunasi. Setiap tugas hanya kita sendiri yang selesaikan, walaupun sesusah mana sekali pun permasalahan yang datang.

Oleh yang demikian, secara keseluruhan buku tersebut menerangkan tentang 21 cara bagaimana hendak makan `Katak`. Buku yang menggunakan simbolik katak untuk membuatkan kita lebih faham bagaimana hendak menjadi seorang yang lebih positif, bersemangat dan berjaya walaupun terpaksa makan katak paling hodoh.

Eat the frog

Part paling Fiza suka dalam buku ni adalah bahagian pertama iaitu kemaskan meja. Sebelum makan, kita kena kemaskan meja dulu kan. Plan nak makan apa, nak letak pinggan di mana dan sebagainya. Jadi begitu juga untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu perkara. Kena senaraikan perkara ataupun tindakan yang perlu kita ambil bagi mencapai matlamat yang kita inginkan.

Tu antara lain, gambaran isi kandungan yang terdapat dalam buku eat that frog. Alhamdulillah, buku tersebut sangat menarik untuk dibaca. Tak rugi untuk dibeli. Banyak tips dan pemudah cara diketengahkan... Untuk membantu kita merancang bagaimana untuk kita menyelesaikan sesuatu perkara agar mencapai target. 

5 Stars untuk buku `Eat that frog`


Post a Comment

2 Comments

  1. Cuma kenapa dia gunakan katak.
    Sapalah nak makan katak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak makan katak membuatkan kita berfikir duatiga kali. That why katak menjadi simbolik.

      Delete