Assalamu'alaikum, hai...
Day 2 - My favorate movie | Alhamdulillah, Fiza masih lagi berpeluang untuk meneruskan 30 things in 30 days challenge yang Azah Rahaman perkenalkan. Untuk hari kedua punya cabaran, Fiza kena ceritakan mengenai movie yang Fiza sukai. 

Favorate movie

Sebenarnya, banyak jugak movie yang Fiza suka tak kiralah movie Melayu, Indonesia, Hindi, Korea, Thailand mahupun Filipina. Tapi, untuk kali ni, Fiza nak share movie Hindi kesukaan Fiza. Korang pernah tak menonton movie Bajrangi Baijaan?

Sampai empatlimaenam kali ulang pun tak bosan. Suami dan anak-anak pun suka dengan movie ni.


Bajrangi Bhaijaan
Kredit Gambar : www.thebollywoodticket.com/2018/03/bajrangi-bhaijaan-china-box-office-collection-day-10-top-5-in-week-2/


SINOPSIS BAJRANGI BAIJAAN
Bajrangi Baijaan mengisahkan tentang seorang gadis Pakistan dari wilayah Azad Kashmir, Shahida (Harshaali Malhotra) terpisah dari ibunya sekembalinya dari India. Tujuan mereka ke India dalam rangka mengunjungi tempat suci di Delhi demi menyembuhkan penyakit Shahida yang lansung tak boleh bercakap.

Ketika terpisah di India, Shahida bertemu dengan Pawan Kumar Chaturvedi (Salman Khan) yang dikenali sebagai “Bajrangi”, seorang penganut Dewa Hanuman. Persahabatan mereka pun dimulai meskipun ada ganjalan-ganjalan yang menghiasi seperti masalah perbedaan agama hingga konflik kedua negara. Pawan yang seorang taat bertekad untuk memulangkan Shahida (kemudian dipanggil “Munni”) kembali ke Pakistan dimana terdapat banyak rintangan yang terpaksa mereka hadapi. Namun, akhirnya Shahida berjumpa jua dengan ibunya.

PENDAPAT PERIBADI FIZA MENGENAI BAJRANGI BAIJAAN
Apa yang membuatkan Fiza suka movie hindi Bajrangi Baijaan... Pertama, ya mengajar kita tentang sikap dan nilai kemanusiaan. Walaupun siapa kita, hidup dalam dua buah negara bersengketa... Tangan tetap dihulur pada yang memerlukan bantuan. Walaupun masa untuk menghabiskan movie ni agak panjang. Namun, Garaban  kesedihan diakhiri dengan kegembiraan membuatkan movie ni berjaya mengheret kami untuk menonton berulang-ulang tanpa jemu. Haha... 

Jarang sebenarnya kami nak menonton sesuatu movie tu berulang-ulang, melainkan movie tersebut mampu menjentik jiwa dan tak bosan untuk dilayan. Korang pulak, kalau movie hindi... Minat movie mana?


3 Comments

  1. Mai kalau tanya pasal hindustan, banyakkkk sgt, kebanyakan cerita SRK and Aamiir Khan.

    ReplyDelete
  2. yes...bajrangi Baijaan mmg best.. tgk banyak kali pun ttp menangis

    ReplyDelete
  3. Pernah tenguk cerita ni.
    menyayat hati.

    ReplyDelete