Assalamu'alaikum, hai...
Biskut Weetameal Jacob's | Alhamdulillah, sejak jatuh cinta dengan biskut weetameal... Jenama Jacob's, setiap bulan kami akan belikan 5 ke 6 bungkus. Alhamdulillah, ia menjadi biskut pilihan utama kami. Di tempat Fiza, ia dijual dengan harga RM3.90 sebungkus.


Biskut weetameal jacob's

01 | SEDAP TAK BISKUT WEETAMEAL JACOB's?

Seriously, sangat sedap. Diperkaya dengan bijiran gandum. Rasanya berlemak, rangup dan sesuai dinikmati bersama susu segar ataupun kopi O. Biskut ini menjadi pilihan Fiza sekiranya tiada mood untuk makan nasi. Lebih-lebih lagi pada waktu malam. Fiza jarang makan malam. So, ia cukup mengenyangkan dalam tempoh masa yang lama. Mengandungi 75% wheat cereal. Tidak mengandungi gula tambahan. Anak-anak Fiza pun sukakannya. Harga pun berpatutan dan mudah didapati di kedai-kedai berdekatan. Paling sedap... Cicah dalam susu omega plus... Perghhh! Tak sedar boleh habiskan hingga tujuhlapan keping.😂

[ Baca entri berkaitan? ]
Bagi yang tak boleh nak habiskan segelas susu omega plus tu. Fiza sarankan korang minum sambil makan biskut ni. In Shaa Allah, boleh je habiskan susu omega plus segelas tanpa kita sedari.

02 | BISKUT WEETAMEAL DAN KEHIDUPAN HARIAN

Alhamdulillah, sejak anak-anak sukakan biskut weetameal Jacob's... Fiza sering meletakkan biskut tersebut di dalam bekas kecik. So, bila nak jalan-jalan... Wajib bawak. Boleh jadi alas perut. 

For those yang berpantang dan mencari biskut yang sesuai untuk dimakan semasa dalam pantang. Fiza cadangkan biskut weetameal ni. Sangat sesuai sebab tinggi fiber dan mengenyangkan. 

Juga, buat mereka yang busy memanjang... Selalu tak sempat nak breakfast, biskut ni boleh jadi penyelamat. Macam Fiza, walaupun Alia dan encik suami tak pernah skip breakfast... Biskut weetameal ni tetap Fiza letakkan dalam kereta, dalam bekas kedap udara... Dan di bawa setiap hari ke sekolah. Masa emergency, perut lapar... Boleh jadi alas perut.

03 | REPEAT BELI TAK?

Mesti repeat punya. 5 out of 5 stars Fiza bagi. Rugi tak beli. Dahla murah... Sedap pulak tu.

#BiskutSedap
#WeetamealJacob's

6 Comments

  1. Tetiba rasa teringin nak beli, selalu zumal beli biskut yang campur macam2 jenis tu...

    ReplyDelete
  2. hihihi... dulu masa anak2 kecik, kita suka biskut nih.
    tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jarang sekali beli biskut.
    nanti nak beli buat stok, mana tau boleh membangkitkan nostalgia.

    apa pun biskut ni memang sedap

    ReplyDelete
  3. selepas baca artikel ini..

    terasa nak beli juga la.

    tapi tunggu bulan depan..

    saya juga jarang makan malam dengan nasi.

    biasanya makan roti sahaja..

    dan saya biasanua hantu roti juga hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fiza pun kekadang tak makan malam, that why cari biskut yang boleh mengenyangkan. Tetiba jatuh cinta pulak dengan biskut ni.

      Delete