Assalamu'alaikum, hai... 
Adab memasuki rumah baru mengikut cara Islam | Alhamdulillah, info yang berfaedah... In Shaa Allah akan memberi manfaat buat kita. 

Adab memasuki rumah baru mengikut cara Islam

Berdasarkan apa yang Fiza dapat dari laman islammy.com, berikut adalah adab memasuki rumah baru mengikut cara Islam... Menurut buku rawatan Islam yang disusun oleh Dato’Dr Harun Din :

  1. Baca Bismillahirrahmanirrahim.
  2. Kemudian, Tepuk daun pintu 3 kali.
  3. Setelah itu, Beri salam sebelum masuk ke dalam rumah.
  4. Jika tiada reaksi dengan apa-apa bunyi (sama ada cicak dan seumpamanya) maka rumah itu belum ada berpenghuni. Rumah tersebut selamat didiami untuk anda sekeluarga.
  5. Sekiranya semasa/selepas beri salam terdengar bunyi cicak, itu bermakna rumah tersebut telah ada penghuni yang anda tidak nampak. Sebagai jalan penyelesaian anda kena buka pintu depan dan belakang sewaktu hampir maghrib dan azanlah tiga (3) petang di ruang tengah rumah. Habis azan tutup kedua-dua pintu, lakukan selama tiga petang semasa maghrib.
Walaupun nampak mudah, mungkin ada ketika kita lupa mengenainya. Oleh yang demikian, Fiza copy and paste di sini sebagai panduan masa hadapan. In Shaa Allah. Nanti, tak perlulah Fiza nak google satu per satu.  😊


2 Comments

  1. satu panduan yang sangat berguna.

    rasa seram juga kalau rumah sudah ada berpenghuni sebelum kini..

    ReplyDelete
  2. good sharing Fiza..memang bagus kita praktikan utk keluarga kan utk menjauhi apa yg tak kita nampak dek mata kasar kan..

    ReplyDelete