DIA YANG MENULIS

Ada lagi ke yang sambut April Fool?

Assalamu'alaikum, hai... 
Ada lagi ke yang sambut April Fool? | Harini 1 April kan. Pasti ada yang terfikir akan April Fool. Fiza pulak... Kalau 1 April je, mesti teringat balik zaman Fiza ambik diploma dulu. Kawan Fiza kenakan salah sorang roomate kami yang tengah sedap tidur ok. Sian... Lansung tak sedar kena lukis muka macam badut. Kawan Fiza yang jadi mangsa tu sejenis manusia yang suka tengok luar tingkap tiap kali lepas bangun tidur... Dahla bawah rumah kami berhadapan dengan cafe. Sekali dia bangun... Orang asyik pandang dia je kat bawah... Lepas tu tersengeh-sengeh. Mula-mula dia tak ambik pusing, orang dok asyik tengok dia. Entah!  Macam mana tiba-tiba dia tengok cermin. Waa..... Sakit perut kami gelak. Kawan Fiza yang buat tu semua terus lari. Dia tahu siapa buat... Sebab dia sorang je yang nakal dalam bilik kami. Senakal-nakal dia pun, now dah jadi seorang superwomen yang berjaya dah. 

April Fool day 2018

MAKNA APRIL FOOL
Dah alang-alang bercakap pasal April Fool, Fiza nak jugak mengulas sedikit tentang April fool dan hukumnya menurut pandangan Islam. Berdasarkan hasil pembacaan dari beberapa buah laman dan risalah beberapa tahun yang lepas... Apa yang Fiza faham... Hari April Fool merupakan hari yang disambut setiap 1 April di kebanyakan negara Eropah dan dunia Barat. Hari ini disambut dengan usikan atau gurauan terhadap kawan, musuh, jiran, dan orang lain dengan tujuan bergurau senda atau memalukan mereka. Malah, ia menjadi ikutan buat masyarakat lain di seluruh dunia. 

Namun, amalan mengenakan orang lain dengan pelbagai muslihat pada April Fool banyak mengundang kontroversi. Ada yang menyokong... Kononnya, ia dapat meningkatkan kesihatan melalui gelak tawa akibat terkena tipu muslihat yang mana dikatakan mampu membantu melegakan stress dan tekanan pada jantung. Sangat relevan jugak alasannya kan? 

Tapi, tak kurang jugak yang tidak bersetuju dengan amalan ini... Kerana menganggap ia perbuatan yang menipu dengan cara menakutkan dan sedikit menjijikkan. 

HUKUM MENYAMBUT APRIL FOOL
Apa-apa pun pandangan masyarakat luar,  hukum tetap hukum. Dalam Islam,  hukum menyambut April Fool adalah HARAM. Bersama-samalah kita beringat. 

Pengharaman ini adalah kerana islam melarang umatnya menipu walaupun sekadar untuk bergurau. Agama islam melarang kita untuk menimbulkan keresahan dan ketakutan kepada mana-mana individu yang lain. Islam juga melarang umatnya meniru budaya tidak baik dan mengkhianati seseorang yang dipercayai.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

 " Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia. Kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya, " (Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan an-Nasai'e)

Selain itu Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud,:

"Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran,"( Hadis Riwayat Ahmad dan At-Thabrani).

Dalam sebuah hadis yang lain pula, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud,

"Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim," (Hadis Riwayat Abu Daud).

Sumber :
www.bicaradariaku.com/2017/04/hukum-menyambut-april-fool.html?m=1

Jelas lagi nyata kan. Hukum tetap hukum. Semoga info yang sedikit ini memberi manfaat buat kita semua. Aamiin. Bersama-samalah kita beringat ye. 

Korang pernah kena tak masa 1 April? Ke pernah mengenakan orang? Jom kita berkongsi. 

#Aprilfool2018

Post a Comment

4 Comments

  1. dulu2 masa time study prnh gak la kenakan org kononnya april fool tapi bukan time bulan april pun. saja je guna nama tu.. anyway, 1st time dtg sini dan follow blog. salam kenal ya fiza =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal Siti Awadah. Terima kasih sudi follow blog Fiza 😄

      Delete
  2. Dulu time sekolah selalu kena dengan kawan.budak budak kan.dah dewasa ni xde pun sambut april fool ni...memang bila buat april fool boleh jd lawak dan sampai sakit perut duk tahan ketawa tapi kalau pandamgbdari segi lain pun tak elok jygak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Fiza tak pernah lagi kena Mimie, tapi tengok orang lain kena adalah. Tapi seriously, sakan gelak... Tapi kesian pun ada. Lebih2 lagi yang kena baling dengan telur. Huhu...

      Delete