Assalamu'alaikum, hai...
Next week merupakan minggu akhir buat megadrama lafazkan kalimah cintamu. Berdasarkan apa yang Fiza tahu, based on beberapa buah blog... Tak ada cinta sepertimu, adalah tajuk megadrama terbaru yang akan gantikannya. Juga merupakan drama adaptasi novel. Mula ditayangkan pada 12 Mac nanti. Then, antara barisan pelakon yang akan mewarnai megadrama tersebut adalah Syafiq Kyle sebagai Hazran Widad, Zahirah Macwilson sebagai Athea, Nik Adam Mika sebagai Qaleef, Ruhainies sebagai Bella dan Fadlan Hazim sebagai Azam. 

Megadrama tak ada cinta sepertimu
Kredit : Blog EDtv

SINOPSIS TAK ADA CINTA SEPERTIMU
Kemudian, for yours information... Megadrama tak ada cinta sepertimu mengisahkan tentang permulaan hubungan Athea dan Hazran tidak pernah aman. Bermula insiden berebut penadol di kedai runcit, kereta Athea yang menghalang kereta Hazran, cermin tingkap dipecahkan anak Athea dan sehinggalah mencuri kucing Hazran dinamakan Smokey atau Lulu. Namun, Smokey jugalah yang merapatkan hubungan mereka. Hazran malah baik dengan anak Athea, Qarleef.

Keakraban Hazran dan Athea di gunakan Kamarul untuk memfitnah mereka demi merebut Bella, tunang Hazran. Kamarul, boss Bella memang menaruh hati dengan Bella sejak dulu lagi. Sekali lagi, Athea disalah erti sehingga menjauhkan hubungannya dengan Hazran dan anak-anak Athea.

Kemunculan Azam semakin merumitkan keadaan dan menjarakkan hubungan mereka. Namun, sejarah berulang dalam hidup Athea apabila Azam tidak sanggup memikul beban Athea yang bertambah. Hazran apabila mengetahui hal itu, cuba untuk meraih kasih Athea kembali. Namun, setelah dua kali dikecewakan, hati Athea sukar untuk menerima Hazran. Sehinggalah ibu bapa Hazran masuk campur. 
Kredit : Blog infotaip

************

Nak tahu kesudahannya, kenalah tengok sendiri setiap malam Isnin hingga Khamis, 10 malam di Astro Ria 104. Tak dapat tengok on time... Boleh tengok ulangannya, setiap jam 10 pagi... Juga Isnin hingga Khamis. Tak silap petang jam 4 pun ada ulangan. Senang kan sekarang ni... Tak pun record. Hehe...

BACA   ONLINE NOVEL TAK ADA CINTA SEPERTIMU
For those yang suka layan megadrama dan tak sah tak baca novelnya sekali, di sini... Fiza dapatkan sekali link novel tersebut chapter by chapter untuk korang.


Sampai bab 10 je ye link yang Fiza jumpa, tapi if korang nak beli buku novel tulisan Anna Milia ni. Berikut adalah salurannya. Harga novelnya pun RM25 Semenanjung Malaysia, RM28 untuk Sabah dan Sarawak. Murah kan?


************

Before Fiza akhiri entri ni... Nak tahu la jugak. Korang layan drama terus ke, tanpa baca sinopsis? Atau layan based on feedback frendlist di facebook?

Fiza pulak... If ada masa, bacalah jugak sinopsis di internet... Tu pun kalau pelakonnya best. Kalau tak best... Lansung tak ambik tahu. Kejam kan... Statement Fiza.

So, that it's untuk entri kali ni. Enjoy your life..