Sinopsis episod 8 tak ada cinta sepertimu

Assalamu`alaikum, hai...
Sinopsis episod 8 tak ada cinta sepertimu | Episod di mana Hasran cuba untuk merebut kembali hati Athea. Namun, kehadiran Azam membuatkan keadaan sedikit tegang. Pelbagai permasalahan timbul... Semuanya bermula dengan episod kereta Athea rosak. Hasran cuba membantu Athea, tapi Athea menolak. Namun, tanpa pengetahuan Athea... Hasran hantar dan bayar keretanya yang rosak.

Tak ada cinta sepertimu

Abby jugak muncul dengan menceritakan perkara yang sebenar, apa yang telah Bella buat tanpa pengetahuan Hasran. Dari situ, Hasran mulai rasa bersalah terhadap Athea. Macam-macam perkara Hasran lakukan buat Athea sampai satu tahap dia buat kejutan untuk meraikan harijadi Qayyum.

Azam jugak melamar Athea. Adakah Athea menerima lamarannya... Kenalah tunggu episod seterusnya. Tapi, Qayyum dan Qhalif sangat tidak menyukai Azam dan tak nak Azam jadi papa dorang.

One day, Qayyum buat hal di sekolah... Yang memaksa Athea untuk datang ke sekolah. Haha... Qayyum protes kot tak nak Azam jadi papa dorang. Mungkin penat memikirkan hal anak-anak... Athea pening... Akhirnya terpaksa dihantarkan ke hospital. Lima kali Athea call Azam, lansung tak berjawab. Sudahnya, Athea terpaksa mintak bantuan Hasran. Sepanjang Athea ditahan di wad, Qayyum dan Qhalif... Hasran yang jaga. Kesudahan episod 8 berakhir di wad. Adakah Athea kembali kepada Hasran... Ataupun bersetuju dengan lamaran Azam?

Korang rasa macam mana?

#megadramatakadacintasepertimu
#megadramaterbaru

Sinopsis episod 8 tak ada cinta sepertimu Sinopsis episod 8 tak ada cinta sepertimu Reviewed by fiza linolie on March 26, 2018 Rating: 5

1 comment: