Assalamu'alaikum, hai...
Alhamdulillah, di atas peluang dan ruang yang telah Allah berikan untuk terus menghirup udara duniawi. Bercakap pasal duniawi, tuntutan rutin harian Fiza bermula seawal 4 pagi.

Before subuh, Siapkan sarapan, bekal untuk suami dan Alia ke sekolah, biasanya jam 4 la waktu Fiza untuk menaip entri autopublish. Why Fiza guna masa ni untuk taip entri?

Entri berkaitan : Tutorial Autopublish Entri

Masa sesuai taip entri

First things first, masa ni... Otak masih fresh untuk mencari idea nak taip apa?. Semuanya, Fiza buat menggunakan handphone dan aplikasi Universal diary. Bila dah siap check kesalahan bahasa... Barulah Fiza copypaste ke blog. Itu... Alasan pertama, kenapa Fiza menaip entri 4 pagi. 

Then, the next reason... Sebagai seorang ibu dan fully housewife, time management kena betul... Fiza tak nak, tak bersikap adil dengan anak-anak. kalau boleh... After semua kerja rumah siap, masa seterusnya kena habiskan dengan Ain... Sementara tunggu Alia dan ayahnya balik sekolah. 

Dulu memang ya... Time management Fiza teruk sangat. Kalau rasa nak updated, masa main dengan Alia dan Ain pun... Fiza updated. Sampai satu tahap... Alia tegur "asyik-asyik main handphone"... Allahu Akhbar, ada orang perasan dan terasa tak dipedulikan. From that, Fiza terfikir... Selama ni, mesti suami dan anak-anak berasa tak dihargai.

Manusia tak lepas daripada melakukan kesilapan right. Jangan cakap je nak jadi role model untuk anak-anak... Tapi takde lansung take action untuk berubah. So, dari situlah, Fiza mencari masa sesuai untuk mencari idea dan seterusnya menaip. Alhamdulillah, jam 4 pagi adalah masa terbaik buat Fiza.

Macam mana nak ping entri, reply comment dan blogwalking? Simple things, siang... Bila Alia dan Ain tidur, Fiza gunakan masa tersebut sebaik mungkin untuk blogwalking dan balas komen. Kalau tak sempat, semuanya Fiza settle'kan 4 pagi. Hehe... Maaflah ye, kalau Fiza lewat balas kunjungan korang.

Kemudian, sebab terakhir... Masa ni lansung takde gangguan. So, sangat tenang untuk menaip. Idea pun datang mencurah-curuh. Cumanya... Tak tahu nak mulakan dari mana. Itulaaa... Masalah Fiza bila saat nak updated blog.

Tapi, bila hati kita ikhlas nak berkongsi cerita... In Shaa Allah, apa yang kita taip pun mengikut je flow hati kita. Kan? Betul tak? That why Fiza suka time 4 pagi untuk menaip entri.

Rasanya, setakat ni je kot entri Fiza. Azan pun dah berkumandang. Apa-apa pun, terima kasih kerana sudi singgah dan baca entri Fiza. 

Happy weekend guest 😊

5 Comments

  1. wow
    4 pagi tu
    hebat lah
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdela hebat mana Hans. Masa tu je yang Fiza ada. Ada masa adalah Fiza update. Ekeke...

      Delete
  2. penat juga kan walaupun jd suru rumah full time. syukur fiza dpt urus masa dgn baik. bravo!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Abam ke.Nak buat macam mana dah lumrah seorang isteri. Alhamdulillah, syukur dapat berkhidmat dengan orang-orang yang kita sayang sambil-sambil buat kerja yang kita minat.

      Delete
  3. ibu yg berblog, memang kene pandai bahagi masa jgn sampai anak terbiar. Tapi sy tak mampu nk bangun 4 am nak tulis blog ...hehee... waktu saya berblog, pagi lepas bdk g sek dan baby tidur.

    ReplyDelete