DIA YANG MENULIS

Hukum Menari Tarian Panama

Assalamu'alaikum, hai...
Korang perasan tak dekat timeline facebook, ada frendlist yang shared Panama Dance. Al-maklumlah, benda tengah tular... Mesti berdesupppp diviralkan... Kan? Ada jugak Fiza tengok, tapi tak pernah lagi try nak menari. Haha... Jangankan panama dance, tarian zumba pun Fiza tak pernah buat.


Hukum menari tarian Panama, Penjelasan Imam Muda Fakhrul.

Tapi, sebelum kita nak lakukan sesuatu, kita kena fikirkan jugak sensitiviti sekeliling kita... Terutamanya bila melibatkan tarian. Kena ambik kira jugak jenis tarian? Dengan siapa kita menari? Dan di mana kita menari?

Fiza setuju sangat dengan apa yang diperkatakan oleh Imam Muda Fakhrul dalam sinar harian online... Hasil tulisan Muhammad Shamsul Abdul Ghani... Di mana,

****************

"Menari ini banyak hukum, wajib, harus dan haram,” demikian penjelasan Imam Muda Fakhrul.

Katanya, hukum wajib sekiranya suami suruh, harus pula sekiranya seorang atau sama-sama kawan satu jantina, atau sesama mahram, sementara haram pula kalau menari dengan bukan mahram sama ada berdua atau beramai-ramai.

“Itupun kalau cara tarian dan tempat yang tidak menimbulkan fitnah,” katanya yang dikongsi di Facebook rasminya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas berhubung isu tarian Panama yang tular di laman sosial sekarang.

Tarian Panama sebelum ini menjadi tular apabila ia dilakukan secara beramai-ramai antaranya di agensi kerajaan, hingga ia ‘berjangkit’ untuk dilakukan oleh kebanyakan masyarakat kita.

Dalam pada itu, kata Imam Muda Fakhrul, ada orang ada bertanya kepadanya di mana haramnya tarian itu, dan beliau menjelaskan ada sebab hukum tarian itu jatuh haram.

“Orang kata pulak, ‘haram tang mana pulak ustaz oi’, tu yang kamu dok lenggok badan, pusing-pusing punggung, lompat terselak kain-kain tu tak jelas ke haramnya?

“Perlu dalil al-Quran, Hadith ke? Alaaaahhhh nak seronok lepas stres (tekanan) sikit pun tak boleh!” Apa kata kita seronok sampai masuk syurga. Pasti tak stres kat sana,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihati agar jangan ada lagi kapsyen 'kami sudah ‘berpanama dance’ ramai-ramai ni, korang bila lagi?'.

“Kita buat benda haram, jangan ajak orang lain sama ya. Buat trend tu biarlah trend yang kita dapat pahala, pahala orang lain pun kita dapat sama, Islam itu mudah tapi jangan bermudah-mudah,” katanya.

***************

Apa-apa pun, setiap kelakuan dan tindakan kita... Kita kenalah utamakan isu pergaulan antara lelaki dan perempuan. Islam itu mudah, tapi jangan bermudah-mudah. Bersama-samalah kita beringat. Boleh je kita menari,  yang penting kena tahu hukumnya terlebih dahulu.

Post a Comment

3 Comments

  1. menari sorang jer lah senang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Lagi senang menari sorang tak pun ajak adik ke... Hehe...

      Delete
  2. Nak menari panama? Boleh...menari je dalam rumah.tak ada yg bukan mahram..

    ReplyDelete