DIA YANG MENULIS

Tanda-Tanda Awal Kucing Nak Bersalin

Assalamu'alaikum, hai... 
Kali ni punya entri, Fiza ingin berkongsi cerita - Jurnal Si Kecik, satu-satunya kucing parsi peliharaan mak hasil pemberian saudara belah atok. Kenapa nama dia kecik?... Tuannya before ni bagitau, si kecik tak reti carik-carikkan makanannya... Kalau kita tak carik-carikkan, memang dia tak nak makan. Kemudian, sifatnya yang pendiam... Kalau mengeow pun suaranya kecik... So, dari situlah asalnya nama si kecik. Makanan utamanya adalah wiskas jenama We-Cat.

Kucing yang sangat pembersih, berak kencing semuanya di tandas... Dah terbiasa dengan tuannya sebelum ni kot. So, sangat mudah dijaga.

Tanda-tanda kucing nak beranak

Bila si kecik beranak...
Last week, si kecik selamat melahirkan 4 ekor anak... 2 ekor color perang, 2 ekor color hitam. Bila dia nak beranak... Kemain bising, asyik mengeow je...Nasib baik suara kecik. Antara tanda-tanda yang ditunjukkan oleh si kecik bila nak bersalin adalah perubahan sikap yang amat ketara. Kencing berak merata... Tak nak makan, mundar-mandir... Pantang tengok bilik terbuka, mesti masuk... Sampai satu tahap, si kecik terberak atas tilam. Allahu Akhbar... On the spot, masa tu jugak buat general cleaning. Nasib baik insiden tu berlaku belah pagi... So, sempat lagi nak jemurkan tilam.

Si kecik beranak

Si kecik beranak

Seperti biasa port dia beranak bawah almari tv. Memandangkan dah kali kedua beranak... Mak letak je si kecik kat situ... Selang beberapa jam. Si kecik selamat melahirkan kesemua anaknya. Comel-comel belaka. Tu anak dia yang second time...

Si Lengkong

Anak-anak yang first dulu pun 4 ekor... Entah kenapa... Jatuh sakit, terus meninggal. Tinggal seekor jela lagi... Nama pun mak bagi... Si lengkong ok... Ekor dia melengkung, that why... Datangnya nama tu...

Nanti, ada masa Fiza update lagi ye...

Post a Comment

0 Comments