Assalamu'alaikum, hai...

Pengantin 100 hari
Kredit : www.infotaip.com

JUDUL : PENGANTIN SERATUS HARI
JUMLAH EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 2018
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Sharifah Abu Salem
PENGARAH : Amor Rizan
PENERBIT : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd 
PELAKON : Aiman Hakim, Aishah Azman, Amelia Henderson, Fazren Rafi, Fanna Azizan, Jasmine Suraya, Dato Rahim Razali, Zila Bakarin, Edika Yusof, Faiz Izzat, Yusri Saleh

WATAK PELAKON 
Aiman Hakim sebagai Amar
Aishah Azman sebagai Sofia 
Amelia Henderson sebagai Erina
Fazreen Rafi sebagai Iqbal

**********************

SINOPSIS PENGANTIN SERATUS HARI


Pengantin 100 hari mengisahkan tentang Puan Yasmin setuju anaknya, Amar berkahwin dengan Sofia dengan syarat selepas ini Amar mesti ikut apa sahaja kehendaknya. Selepas sebulan, Puan Yasmin memaksa Amar berkahwin dengan Erina. Sofia rasa dikhianati dan meninggalkan Amar. Amar melayan Erina dengan buruk dan mahu menceraikannya. 

Erina yang mahu merasai kehidupan sebagai isteri Amar meminta mereka bercerai hanya selepas 100 hari pernikahan. Amar ditimpa musibah ketika mencari Sofia dan dia mandul. Tidak mahu Sofia menderita, Amar menceraikan Sofia. Sofia pula merahsiakan kehamilannya. Sofia bangkit demi anaknya dengan membuka butik hadiah dari Puan Yasmin yang mengalami gangguan jiwa. Erina sudah tahu Amar ada anak dengan Sofia dan enggan berkahwin semula dengan Amar kerana dia hanya mahu menjadi isteri Amar selama 100 hari sahaja. Sofia pula enggan kembali kepada Amar kerana merasakan Erina lebih berhak. Siapakah yang akhirnya bersama Amar? 

Baca sinopsis macam menarik bukan. Apa-apa pun, menonton drama hanyalah hiburan semata-mata. Apa yang baik, kita jadikan teladan... Yang tak elok, usahlah diikuti. Sedikit gambaran buat kengkawan yang meminati slot samarinda yang bakal ditayangkan nanti 😊

#SamarindaTerbaru
#Pengantin100Hari