Assalamu'alaikum, hai...
Alia genap 6 tahun dan checkup terakhir di bahagian bayi dan kanak-kanak | Alhamdulillah, semalam genaplah umur Alia 6 tahun. Sampai rumah kami terus potong kek...


Harini Fiza bertemankan encik suami bawak Alia ke klinik untuk last checkup kanak-kanak iaitu pada umur 6 tahun. Seperti kebiasaan, kami suka pergi belah petang. The reason is... Ia bukan lagi waktu kemuncak bagi klinik kecil. Harap-harap begitulah... Setakat ni tak pernah lagi sesak selepas jam 2 petang. 😊

Seperti yang dijangka, lepas letak kad di kaunter... Selang beberapa minit, kami dipanggil masuk. Terus pergi ke bahagian timbang berat dan ukur ketinggian. Alhamdulillah, semuanya normal.

Then, nurse buat sedikit assesment kepada Alia. Tujuannya adalah untuk melihat perkembangan Alia... Samada on track ataupun tidak. Antara assesment dia adalah... First, Alia dikehendaki melukis segitiga, orang lidi dan menulis nama sendiri. Last sekali... Membezakan pagi dan petang... Kiri dan kanan. Alhamdulillah... Semuanya on track.


Before balik, nurse bekalkan Alia ubat cacing. Nurse juga turut mengingatkan kami suami isteri, bahawa harini last Alia checkup di bahagian bayi dan kanak-kanak. Memandangkan dia dah bersekolah... Pihak klinik selalunya akan datang ke sekolah-sekolah untuk buat pemeriksaan ke atas pelajar. That why last checkup pada umur 6 tahun. Noted!

Rasanya tak sampai kot 15 minit di Klinik, kami terus balik ke rumah. Cuaca pun panas di luar. So, rasanya malas nak bawak budak-budak jalan-jalan... Lagipun, Fiza nak siapkan tempahan kait yang nak kena submit.

Tu jelah Kisah checkup terakhir Alia di bahagian bayi dan kanak-kanak. Lepas ni Ain pulak checkup 18 Jun nanti. In Shaa Allah, ada peluang... Fiza akan kongsikan ceritanya di sini ye.

Bye.... Good afternoon everyone.