Assalamu'alaikum, hai...
Megadrama lafazkan kalimah cintamu | Korang malam-malam layan tak megadrama? terutamanya setiap malam Isnin hingga Khamis. Megadrama terbaru ni berjudul lafazkan Kalimah Cintamu. Drama channel Ria 104, jam 10 malam. Fiza pulak bergantung... Kalau ada masa, In Shaa Allah... Layan jugak. Tu pun... Kalau jalan ceritanya best. Tapi megadrama terbaru ni Fiza layan walaupun tak minat sangat dengan lakonan Farid Kamil... Sebab suka tengok scene Tengku Rayyan dan Tengku Aqilah bergaduh... 


Kredit : www.infotaip.com

SINOPSIS DRAMA LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU

Berdasarkan sinopsis yang terdapat di laman www.infotaip.com, megadrama lafazkan Kalimah Cintamu mengisahkan tentang Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. 

Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. 

Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar di Syarikat Megah Holdings. 

Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. 

Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?

Sedih bercampur lucu drama ni tau. Apa taknya... Bila Nelydia Senrose membawa watak Tengku Aqilah, perempuan yang dah seperti badut... Dengan rambut palsu yang pelik-pelik Fiza tengok. Lepas tu pulak... Handphone dia siap ikat gelang getah memanjang. Hahaha...

Tapi... Sedih, bila Tengku Aqilah tidak diterima oleh ayahnya sendiri. Banyak rintangan yang terpaksa dia lalui untuk berbaik semula dengan ayahnya. Well, drama melayu kan... Confirm happy ending. Nanti mesti Tengku Aqilah diterima balik oleh ayahnya... Dan Tengku Rayyan pun jatuh cinta dengannya. Tak sabar nak tunggu episod akhir.

Walaupun pengakhiran kisahnya boleh dijangka, tapi nak jugak tengok olahan setiap episod... Ada yang kata... Kisahnya sebijik seperti dalam novel. Betul ke tidak? Wallahu'alam.