Assalamu'alaikum, hai... 
Konsisten update, pasti dapat | Baca tak entri propa Fiza berjudul "Tiada lansung campaign dari Nuffnang ke? ". Seriously, last dapat cpuv bulan Disember last year tau. Then, baru-baru ni... Fiza register google adsense... Tak sangka diluluskan pulak. Ingatkan dek kerana google adsense, Nuffnang dah merajuk tak nak bagi cpuv dengan blog hingusan seperti Fiza. Rupanya tidak. 

Cpuv, be, nuffnang, 2018,february,perodua,monthly,
Cpuv Perodua - February Monthly

Alhamdulillah, semalam check akaun Nuffnang... Rupanya ada dua campaign tengah on going. Syukur... Berkat usaha,  pasti dapat. Bukan nak riak, just berkongsi untuk menaikkan semangat Fiza untuk berblog balik sebenarnya. So, first cpuv 2018... Fiza dapat campaign daripada Perodua. Alhamdulillah, rezeki Allah... Pasti tak salah alamat, yang penting kena bersyukur dan rajin berusaha. 

Benarlah kata-kata blogger otai... Nak dapat balik cpuv dari Nuffnang, selepas lama tak update blog... Kena ada tekniknya. Walaupun PV dan UV blog Fiza seperti hidup segan, mati tak mahu... In Shaa Allah, Fiza akan cuba cari masa untuk update lepas ni. 

Ok, antara tips nak dapat balik cpuv lepas lama tak update blog. Pertama, konsisten balik update blog dalam masa sebulan. Satu entri dalam sehari pun dah memadai. Tapi, lagi banyak lagi bagus. Kan? 

Kemudian, update balik akaun Nuffnang. Segala profile, survey ataupun pendek kata segala maklumat berkaitan kenalah update balik. So, ia menunjukkan blog kita masih wujud. In Shaa Allah, mereka akan review balik blog kita. Lastly, if rajin hantarlah tiket. Then... Tunggu dengan sabar. Kalau dah rezeki kita tak kan ke mana jugak perginya. Betul tak?

Orait... Fiza rasa cukuplah sampai di sini entri untuk kali ni. Fiza nak sambung balik kerja-kerja mengait Fiza. Ada tempahan masuk hari Jumaat yang nak kena pos esok. Hehe. Apa-apa pun... Happy weekend all. Have a nice day 😄