DIA YANG MENULIS

Minggu Pertama BBB2018


Bintang bersama bintang minggu pertama

Assalamu'alaikum, hai...
Alhamdulillah, atas peluang dan ruang yang ada untuk Fiza terus berkongsi cerita.

Seperti yang kita tahu, semalam rancangan tv3 bintang bersama bintang 2018 (BBB2018) dah pun start. Ada 7 minggu untuk mereka bersaing dan melibatkan enam pelawak yang mana terdiri daripada Abam, Ajak, Issey, Mark Adam, Achey dan Shuk.

Sumber gambar daripada google image

Berdasarkan apa yang AG kata selaku pengacara... Sepanjang pertandingan tiada penyingkiran dilakukan dan setiap minggu ada pemenangnya... Yang mana akan mendapat hadiah berupa wang tunai berjumlah RM10, 000. Manakala... Pada minggu akhir, iaitu pada peringkat akhir BBB2018... Super Bintang Bersama Bintang, pemenang keseluruhan bakal pulang dengan hadiah wang tunai berjumlah RM100, 000. 

Hurrmmm... Agak-agak siapalah nanti akan dinobatkan sebagai juara Bintang Bersama Bintang 2018 yer? Korang rasa siapa? Susah jugak nak agak... Bila tengok barisan pelawak yang bertanding. Huhu...

Sumber gambar daripada google image

Untuk minggu pertama BBB2018, para peserta membuat persembahan bergandingan dengan artis pilihan seperti berikut:-

1. Achey dan Bocil
2. Ajak Shiro dan Fauziah Nawi
3. Issey dan Sherry Alhadad
4. Mark Adam dan Mat Dan
5. Syuk dan Nabila Razali
6. Abam dan Ali (adiknya dari kumpulan Puteh)

Then, review daripada Fiza... Just pendapat ok. Rata-rata persembahan dorang biasa-biasa saja. Maybe minggu pertama kot, so mungkin minggu warming up bagi dorang. Tapi, RM10, 000 tu besar jugak nilainya untuk direbut... 

Tak sangka jugak, Syuk telah dinobatkan sebagai pemenang minggu pertama BBB2018... Sedangkan Ajak pun best jugak persembahan dia dengan Fauziah Nawi. Well, lain orang lain pendapat kan. Then, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu.

Apa-apa pun, tahniah buat Syuk. Moga-moga ada rezeki buat Achey dan Abam untuk jadi pemenang minggu kedua BBB2018. Hehe... Penyokong tegar Achey dan Abam ok.

#BBB2018

Post a Comment

0 Comments