Mini cupcake sukatan cawan | entri pertama untuk bulan Ogos setelah sekian lama menyepi. Lama menyepi tak bermakna dah tak berminat untuk berkongsi cerita di alam maya. Cumanya, tuntutan tugas di alam nyata membuatkan aku menyepi buat seketika. 

Untuk first entri ni, aku nak share jugaklah resepi cupcake gebu versi orang kampung. Haha... Guna gelas je buat sukatan. Letak di blog pun... Nanti senang. Lupa, boleh rujuk sini.


Bahan pun sikit. 5 biji telur gred A, 3 gelas tepung, segelas marjerin yang telah dicairkan, 1 1/2 gelas gula, 1 sudu serbuk penaik, 1 sudu ovellate dan sedikit esen vanila. That it's. Hiasan pulak... Terpulang. Untuk kali ni, aku bubuh je chip coklat lebihan bahan biskut untuk raya haritu. So, jimat.

Langkah membuatnya pulak. Pukul telur, gula, ovellate dan serbuk penaik sehingga kembang. Tips nak tahu... Dah kembang ke belum... Terbalikkan bekas untuk memukul bahan. If doh tak jatuh. Mean... Dah cukup kembang lah tu. Masukkan marjerin, tepung dan esen vanila. Pukul sehingga sebati. Bakar 60 minit dengan suhu 180°c... Suhu ikut oven tau. So, kena selalu check... Takut nanti... Hangus pulak cupcake. Hehe...

Alhamdulillah, anak-anak cukup suka dengan mini cupcake yang aku buat. In shaa Allah, nanti nak boh topping pulak. Mana tau... Boleh jual nantinya. Haha... Mata duitan Sungguh. 

Psssstttt.... Bulan ni ada iklan berstatus on going di blog. So, kena aktif balik ni... Saja nak tackle aku ek...

1 Comments

  1. slamat kembali berblogging! btw nmpak sedapppp! tetiba terasa nk makan cupcakes.. haha

    ReplyDelete