Sotong sos tiram, menu kedua untuk berbuka kami semalam... Selepas acar timun bercuka. 

Bulan puasa kami memang jarang membeli di bazar. Lebih suka masak sendiri. Semuanya dek kerana dah beberapa kali terkena apabila membeli. Asyik jumpa lauk... Tak sampai berbuka dah basi. Sudahnya... Kami serik untuk membeli. 

Gambar resepi sotong masak sos tiram

RESEPI SOTONG SOS TIRAM
Actually, resepi baby kailan masak sos tiram... Aku ubah jadi sotong masak sos tiram. Tak sangka pulak sedap hasilnya. Apalagi... Haruslah dikongsikan di sini. Mana tau... Nanti nak repeat buat lagi. Boleh rujuk sini. Ye tak?

Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat sotong masak sos tiram... Adalah seperti berikut:-
  • Sayur lobak
  • 500gram sotong dibuang kulit
  • halia dihiris halus
  • 4 ulas bawang putih diketuk dan dipotong halus
  • cili dihiris
  • sedikit garam dan ajinomoto
  • sos tiram
  • kicap manis
  • sos cili
  • minyak untuk menumis

CARA MEMBUAT SOTONG MASAK SOS TIRAM
Kemudian... Untuk membuatnya pulak, berikut adalah beberapa langkah yang perlu diikuti... Iaitu:-
  • Tumis bawang, cili dan halia sehingga naik bau
  • Masukkan sotong
  • Masukkan sos cili, kicap manis dan sos tiram
  • Masukkan sayur dan sedikit air
  • Akhir sekali... Pekenakan dengan garam dan ajinomoto. 
Dah siap. Semudah ABC.