Assalamu'alaikum, hai...

rice cooker paling tahan dan murah, rice cooker paling bagus,

Dah lebih 10 tahun, rumah kami di kampung guna rice cooker jenama national. Alhamdulillah... Masih berfungsi dengan baik sehingga saat gambar ini diambil, walaupun keadaannya nampak sudah mulai lusuh dimamah usia. Tapi... Sungguh banyak jasanya pada kami sekeluarga.

Aku suka dengan prinsip mak aku. Biar menang membeli, jangan pulak kalah memakai. Biarpun harganya mahal sikit... Yang penting kualitinya bagus. Time mak beli rice cooker ni dulu harganya still murah lagi... Tak silap around RM50++. Sekarang ni... Aku rasa... Mesti harganya dah mahal. 10 tahun dah berlalu beb... Mesti harganya pun dah naik 2 kali ganda kan...

Sekarang ni... Banyak sangat dah jenis barang elektrik yang ada di pasaran. Nak yang mahal atau paling murah pun ada. Cuma tu la... Nak kena hati-hati memilih. 

Tengah memasak... Tetiba terpandang rice cooker. Dek kerana banyak berjasa kepada kami. Teringin pulak nak buat catatan. Hehe... 
Sabo jelah yer...