Assalamualaikum,
Selamat Petang.

EPISOD 1 AKU TANPA CINTAMU TV3 | Actually, drama ni dah start last weeks dengan episod 1... Disebabkan tak sempat nak tengok on time, Fiza layan di link telegram jelah. Fiza suka tengok Zamarul Hisham berlakon. That why, nak jugak layan drama ni.


Kisah Disebalik Episod 1

Dalam episod 1, Adam lakonan Zamarul Hisham adalah seorang pengarah drama yang berstatus duda. Ibunya pula seorang yang suka masuk campur urusan Adam. Suatu hari, Adam perlukan seorang pelakon tambahan untuk dramanya. Kebetulan pakcik Syura, iaitu Uncle Joe bekerja dengan Adam. Jadi, dialah yang ditugaskan untuk mencari pelakon tambahan.

Memandangkan Nuha sangat berminat dalam bidang lakonan, Syura pun dapat tahu ada job sebagai pelakon tambahan daripada uncle Joe... So, Syura ajaklah Nuha untuk mencuba nasib. Nuha cukup suka dengan drama di bawah arahan Adam. Ibarat pucuk dicita, ulam mendatang.

Walaupun hanya sebagai pelakon tambahan, Nuha telah melakukan yang terbaik dan Adam pun turut menyukai lakonan Nuha. Dari situlah, bermulanya episod di mana mereka saling bertukar nombor telefon.

Ibu Nuha takde masalah untuk menyokong minat Nuha. Namun, berlainan pula dengan bapanya yang berharap agar Nuha menyambung pelajarannya, dan bekerja di syarikat milik mereka. 

Suatu masa dahulu Nuha ditinggalkan dengan kakak dan abang iparnya, sementara kedua orang tuanya tinggal di Dubai atas urusan kerja. Disebabkan itu juga, Nuha berasa kurang kasih sayang.

Hari demi hari Nuha sering berjumpa dengan Adam. Terserempak di Shopping mall yang akhirnya membawa mereka minum berdua. Adam mempelawa Nuha untuk datang ke set, Katanya boleh belajar tentang dunia lakonan. Dek kerana minat dan tanpa berfikir panjang... Nuha bersetuju dengan pelawaan tersebut... 

Aku Tanpa Cintamu

Setiap hari Nuha datang ke set menemani Adam untuk sesi penggambaran drama tanpa jemu. Sehinggalah suatu masa, Adam tawarkan jawatan PA tanpa gaji pula pada Nuha. Nuha menerima tawaran tersebut tanpa syarat. Syura cuba menasihati Nuha setelah diberitahu oleh Uncle Joe tentang situasi Nuha di set. Namun, Nuha tidak mahu menerima nasihat Syura. 

Aku Tanpa Cintamu

Hari demi hari, Adam dan Nuha semakin rapat sehinggakan Adam mahu memperisterikan Nuha. Nuha kemudiannya memberitahu kepada kedua orang tuanya tentang hasrat Adam itu. Apakah reaksi mereka? Nantikan sambungan kisahnya malam ni, dalam episod 2.