Assalamualaikum,
Selamat Malam.

Sekadar berkongsi info. Malam ini merupakan episod pertama untuk drama berjudul gila-gila cinta. Drama ini merupakan drama terbaru bagi menggantikan drama diari seorang suami, yang mana telah pun menamatkan episod akhirnya pada minggu lepas di dalam slot Lestary.

Drama arahan Emi Suffian ini akan bersiaran selama 7 episod, setiap Rabu hingga Sabtu, semestinya jam 9 malam di TV3. Antara barisan pelakon dan watak yang mereka pegang dalam drama ini adalah seperti berikut :-

Zaki Azeman sebagai Karl
Dayang Areeda sebagai Diya
Aziq Mukhriz sebagai Ben
Afiera Riana sebagai Afira
Asyraf Rozami sebagai Ery
Hasmira Azmi sebagai Fina

Drama tv3
Sumber dari IG Drama Sangat

Sinopsiss 

Drama ini mengisahkan tentang konflik percintaan antara Ben (Aziq Mukhriz), Afira (Afiera Riana), Diya (Dayang Areeda) dan Karl (Zaki Azeman).

Afira merupakan seorang agen insurans yang akan mendirikan rumah tangganya dengan lelaki pilihan hatinya, Ben yang mana merupakan seorang kaki perempuan.

Tanpa pengetahuan Afira, Ben rupanya kekasih lama rakan sekerjanya, Diya. Diya merupakan instafamous yang juga bekerja sebagai agen insurans.

Dalam masa yang sama, Diya pula mempunyai seorang jiran bernama Karl. Karl merupakan seorang penyunting video yang sering tampil bergaya. Namun sayang. Dia menjadi musuh ketat Diya apabila seringkali berjumpa dan asyik bertekak dengan perkara yang remeh.

Karl pula sebenarnya bekas kekasih kepada Afira. Adakah cinta kali kedua mereka berjaya? Atau akan menjadi punca pergaduhan di antara mereka. Apa pun andaian, kenalah tengok secara live di tv3 setiap Rabu hingga Sabtu, semestinya dalam slot Lestary, jam 9 malam.

Baca sinopsis, macam best. Kan?

Apa-apa pun, drama Melayu mana pernah berakhir dengan kesedihan. Betul tak? Orang tengok pun, mungkin kerana olahan jalan ceritanya. Mungkin menarik. Mungkin tidak. Semuanya bergantung kepada lakonan para pelakon. 

Untuk episod pertama, Fiza tak berkesempatan lagi untuk tengok. Lagipun, tak minat sangat dengan barisan pelakonnya. 🤭

#SlotLestary
#GilaGilaCintaTV3