Cara Mudah Buit Duit Dalam USD Dari Rumah Tanpa Modal

Assalamualaikum,
Selamat Malam,

Cara Mudah Buit Duit Dalam USD Dari Rumah Tanpa Modal | Alhamdulillah di atas peluang dan ruang yang ada untuk Fiza kongsikan sesuatu yang bermanfaat terutamanya buat mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia blogging.

Jadi, blogpost hari ini Fiza nak kongsikan satu ilmu penting untuk semua bagaimana cara nak menjana pendapatan melalui blog tanpa mengeluarkan modal satu sen pun. Percaya tak? Disebabkan Fiza dah pun berjaya raih pendapatan la, Fiza berani kongsikannya di sini.

Pernah dengar tak tentang Intellifluence? 

Apa Itu Intellifluence?

Intellifluence adalah platform pemasaran yang membantu pelbagai jenama untuk bekerjasama dengan ramai influencer seluruh negara bagi mencapai jaringan pemasaran yang lebih baik. 

Banyak jenama besar dan kecil yang menjadikan laman Intellifluence sebagai medium pemasaran mereka kerana servis dan sistem mereka yang mudah dan mampu menghubungkan jenama-jenama ini dengan sasaran influencer yang tepat mengikut niche mereka. 

Dengan adanya platform ini, peluang untuk kita menjana income dalam USD sangat cerah. Apa yang paling penting, langkah pertama... Adalah mendaftar secara PERCUMA DI SINI.

Kemudian, TIPS untuk dapatkan job dengan mudah dari marketplace Intellifluence ialah kena lengkapkan profile dan Bio kita dengan selengkapnya. Kena capai 80% ke atas ye. Lagi bagus 100% okeh!

Alhamdulillah, berkat usaha Fiza dah berjaya jana sedikit income melalui platform ini. Berikut adalah sedikit bukti pembayaran yang telah Fiza terima dari Intellifluence. Bayaran akan dibuat setiap hari Jumaat, di mana akan dimasukkan ke dalam akaun PayPal. Takde akaun PayPal? Kenalah daftar jugak ye.

Income online


Lepas tu bolehla transfer masuk mana-mana akaun. Macam Fiza, Fiza akan terus transfer ke akaun bank sebaik sahaja dapat notification email pembayaran dari PayPal. 😜ðŸĪŠðŸ˜‚. So, hari Isnin petang dah masuk dah... Iaitu selepas dua hari pembayaran dibuat.

Bagaimana Nak Dapatkan Job Dari Intellifluence?

Okeh! Bila dah daftar dan profile pun dah capai 80% ke atas, bolehla tengok di bahagian marketplace. Kat situ akan ada senarai job yang kita boleh apply mengikut kesesuaian. Apa yang penting, kena faham betul-betul apa yang dorang nak ye. Macam Fiza, Fiza lebih suka apply job yang melibatkan reviews di blog. Bila dah minat, boleh hantar mesej tanya samaada kita boleh join ke tidak sesuatu kempen tersebut. 

Intellifluence


Bila mereka reply kata boleh. Maka, hantarlah permohonan. Setelah dorang terima, mereka akan berikan requirement untuk tugasan. Jika tak faham, boleh ajukan soalan. Dah siap, hantarkan job sebelum due date yang diberi. Nanti mereka akan review. Bila dah completed. Final part, tunggu bayaran daripada mereka. Sangat mudah. 

Jika korang berminat, bolehla daftar di link di bawah ye. Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk pendaftaran. Ok!


Akhir sekali, nak mudah bolehla muatturun aplikasi Intellifluence di Play store. Mereka juga turut menyediakan aplikasi Intellifluence bagi memudahkan orang ramai untuk akses menggunakan handphone ataupun tablet. Rugi kalau tak cuba. Masa ni la kita kena rebut peluang yang ada. Betul tak?

#Intellifluence

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. banyak dh baca review pasal website ni.. insya-Allah akan try

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah Su. In Shaa Allah bolehla Jana sedikit income dari situ.

      Padam
  2. Saya punn baru join kak fiza hehehe, baru completed satu task.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah Tiqah. Best kan. Alhamdulillah, akak baru dapat satu lagi bayaran 6hb haritu.

      Padam
  3. kmk dh register mem.. pasya polah entri di blog kita kah berdasarkan job tek?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pegi kitak bahagian marketplace nya mem. Di Sia ada beberapa job. Ada yang share di IG Dan ada yang reviews untuk blog. Tangga juaknya pun rewardnya, samaada dalam bentuk duit atau barang.

      Macam kamek, kamek lebih prefer dibayar. So, kamek ambik job reviews di blog. Hantar kitak mesej dengan daknya, kitak minat dengan job yang kitak pilih. Bila sidak dah reply. Kita terima pitch daknya. Kelak sidak berik requirement job ya. Then, sidak akan berik due date. Dah Siap boleh hantar before due date. Kelak sidak reviews. Dah approve kelak, sidak akan madah bila bayaran akan diberik.

      Mudah Jak dapat job di Sia mem. Sik kedak di susivid. ☺️

      Padam
  4. Bagusnya dah banyak platform untuk blogger /influencer jana pendapatan.

    BalasPadam

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com