'Hatimu Sedingin Salju', drama bersiri 28 episod yang akan mula ditayangkan di slot Akasia TV3 pada malam ini bagi menggantikan drama masih ada rindu. Dibintangi oleh Hisyam Hamid, Apreena Manrose, Hafeez Mikail dan Bella Dowanna. 

Drama di slot Akasia TV3 terbaru 24 Jun 2021
Sumber gambar dari cikza.com

Berikut adalah info ringkas mengenai drama Hatimu Sedingin Salju, arahan Bahri Uma di bawah Orangetree Production.

JUDUL : HATIMU SEDINGIN SALJU
EPISOD : 28
TARIKH TAYANGAN : 24 Jun 2021
WAKTU SIARAN : 7 malam, setiap Isnin-Jumaat, Slot Akasia
SIARAN TV : TV3
PENGARAH : Bahri Uma
PRODUKSI : Orangetree Production
PELAKON : Hisyam Hamid, Apreena Manrose, Hafeez Mikail, Bella Dowanna, Fadlan Hazim, Mustafa Kamal, Zila Bakarin, Maria Farida, Rahim Jailani, Scha Eliana , Khaty Azian , Idzham Ismail, Malek Mccrone, Ziema Din, Hilman Alef

WATAK PELAKON DRAMA HATIMU SEDINGIN SALJU

Hisyam Hamid sebagai Arman
Apreena Manrose sebagai Rania 
Hafeez Mikail sebagai Nabil 
Bella Dowanna sebagai Syena 
Mustafa Kamal sebagai Dato Jamal
Zila Bakarin sebagai Puan Noraini

SINOPSIS HATIMU SEDINGIN SALJU TV3

Hatimu Sedingin Salju Mengisahkan tentang Arman (Hisham Hamid) yang sanggup korbankan cintanya terhadap Rania lakonan Aprena Menrose selepas mengetahui rakan baiknya, Haikal (Fadlan Hazim) menaruh hati kepada wanita itu. 

Sejak itu, Arman hanya mampu memendamkan perasaannya sehingga pada satu tahap dia sudah berputus asa untuk bercinta lebih-lebih lagi apabila mengetahui Rania dan Haikal sudah bertunang.

Arman kemudian mula menyibukkan dirinya dengan mengurus syarikat yang diwarisi daripada bapanya, Datuk Jamal. Hal ini membuatkan Datuk Jamal (Mustafa Kamal) dan isterinya, Datin Mimi (Maria Farida) bimbang dengan kehidupan peribadi anak lelaki mereka itu yang sudah mencecah usia 33 tahun tapi masih belum fikirkan soal cinta kerana sibuk bekerja.

Pada suatu hari, Datin Mimi, Datuk Jamal dan adik Arman iaitu Nabil (Hafeez Mikail) mulakan ‘plan’ untuk mempertemukan Arman dengan bakal isterinya. Untuk menyempurnakan rancangan tersebut, Nabil telah memujuk Arman menemaninya bercuti ke sebuah resort di Langkawi. Di sana, Arman tidak sangka dia akan bertemu semula dengan Rania iaitu wanita yang pernah dicintainya pada suatu ketika dahulu.

Arman dan Rania mula rapat dan siapa sangka, dalam diam sebenarnya Nabil juga menaruh hati kepada Rania. Sejak itu, hubungan Arman dan Nabil mula dingin. Malah pelbagai dugaan dan rintangan yang datang dalam kehidupan Arman, Nabil dan Rania.

Apakah yang berlaku selepas itu dan apakah tindakan Datin Mimi dan Datuk Jamal selepas tahu kedua-dua anak mereka menyintai wanita yang sama? 

Adakah Arman akan mengorborbankan cintanya sekali lagi atau Nabil yang akan beralah? Paling penting, siapakah yang berjaya memiliki hati Rania? Mampukah mereka hidup dalam satu keluarga yang aman dan harmoni?

Nak tahu, kenalah tunggu masa tayangannya nanti bermula malam ini jam 7 malam di TV3.

Kesimpulannya, drama ni mengisahkan tentang 3 jejaka yang mendambakan cinta seorang gadis. Drama yang menyentuh perasaan melibatkan cinta, persahabatan dan kekeluargaan. Macam best kan?

Selamat menonton yeah!

#SlotAkasiaTV3
#HatimuSedinginSalju